Berita Harian

Bursa Malaysia ditutun rendah

FBM KLCI susut 1.69 mata beri tekanan jualan kaunter saham mewah

-

Seorang peniaga berkata, harga minyak mentah, yang kembali dalam zon positif sebelum dagangan ditutup, dan Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) Ogos lebih baik daripada jangkaan, yang berkembang 4.9 peratus, membantu mengimbang­i aliran penurunan.

Antara saham minyak dan gas, Petronas Gas naik 18 sen kepada RM21.96, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM6.81 dan Petronas Dagangan menambah 10 sen kepada RM23.46.

Terdapat 398 saham rugi dan 355 untung manakala 416 kaunter tidak berubah, 488 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.6 bilion unit bernilai RM1.84 bilion daripada 1.56 bilion unit bernilai RM1.89 bilion, yang dicatatkan pada Selasa.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM7.66, Public Bank berkuranga­n dua sen kepada RM19.76, IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM6.48 tetapi Tenaga kekal pada RM14.38.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum menambah 2.5 sen kepada 26.5 sen, TH Heavy Engineerin­g naik setengah sen kepada 19 sen manakala Nexgram kekal pada 5.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 16.25 mata kepada 11,772.44, Indeks FBM Emas Syariah berkuranga­n 18.47 mata kepada 12,434.08, Indeks FBMT100 susut 17.04 mata kepada 11,471.49 manakala FBM 70 turun 39.94 mata kepada 13,768.55.

Jumlah dagangan berkuranga­n

Bagaimanap­un, FBM Ace naik 44.13 mata kepada 5,232.36.

Mengikut sektor pula, Indeks Perusahaan naik 4.03 mata kepada 3,140.08, Indeks Perladanga­n menambah 14.39 mata kepada 7,943.55 manakala Indeks Kewangan susut 13.05 mata kepada 14,281.27.

Jumlah dagangan di pasaran utama berkuranga­n kepada 1.04 bilion saham, bernilai RM1.75 bilion, daripada 1.08 bilion saham, bernilai RM1.80 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Di pasaran ACE, jumlah dagangan bertambah kepada 326.68 juta unit bernilai RM44.92 juta daripada 235.3 juta unit bernilai RM33.39 juta yang dicatatkan kelmarin.

Waran susut kepada 225.06 juta saham, bernilai RM44.6 juta daripada 242.29 juta saham bernilai RM49.71 juta kelmarin.

Barangan pengguna menguasai 63.48 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan industri (318.39 juta), pembinaan (41.32 juta), dagangan dan perkhidmat­an (384.33 juta), teknologi (32.5 juta), infrastruk­tur (7.11 juta), SPAC (48.98 juta), kewangan (66.25 juta), hotel (215,900), hartanah (40.58 juta), perladanga­n (18.21 juta), perlombong­an (tiada), REIT (23.08 juta) dan tertutup/dana (140,500).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia