Berita Harian

Robohkan tembok keegoan

Tolak ansur, saling menerima, hindari kehancuran rumah tangga

-

Kebahagiaa­n rumah tangga bergantung sepenuhnya kepada cara pasangan mengekal dan mengendali­kan keharmonia­n hubungan sehingga ke akhir hayat.

Masalah utama mengekalka­n keharmonia­n ialah elakkan sikap ego, saling menerima dan memahami pelbagai masalah yang timbul.

Jika dibiarkan, ego, emosi dan enggan bertolak ansur boleh menjadi punca keretakan yang mungkin menghancur­kanhubunga­n dibina.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Melati Sumari, berkata ego bergantung kepada cara individu dibesarkan dan didedahkan kepada kehidupan.

Faktor usia

“Secara semula jadi, pasangan muda lebih cenderung bersifat ego kerana usia dan pengalaman dalam perhubunga­n yang masih mentah.

Berbeza pasangan berusia lebih banyak pengalaman hidup membolehka­n seorang daripada mereka cepat mengalah dalam menyelesai­kan sebarang isu atau masalah berbangkit.

“Ini kerana yang mengalah mungkin sedar, menegakkan ego diri tidak memberi apaapa makna,” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Melati berkata, hubungan rumah tangga yang teguh, romantis, aman dan kekal mampu menjadi tunjang kepada penyelesai­an masalah.

Bertolak ansur

“Ahli terapi keluarga berpendapa­t komunikasi terbuka, perbincang­an, luahan perasaan terpendam, mendengar dengan baik dan mengubah peraturan keluarga yang merosakkan hubungan adalah antara cara mengatasi ego.

“Jika masingmasi­ng sedia bertolak ansur dan cepat bertindak, perbalahan kecil boleh diatasi sebelum menjadi parah sehingga boleh mengundang perceraian.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] ?? Tangani segera perselisih­an faham antara pasangan bagi elak situasi bertambah buruk.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH ] Tangani segera perselisih­an faham antara pasangan bagi elak situasi bertambah buruk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia