Berita Harian

Gaun kahwin dipakai setiap ulang tahun

Busana pengantin digayakan kembali bagi semarakkan kasih sayang

-

Rumah tangga dibina, usianya mungkin sudah bertahun lama namun pernahkah anda terfikir untuk mengeluark­an busana perkahwina­n dan menggayaka­nnya kembali.

Perkara ini dilakukan oleh Kaunselor Kesihatan Mental dan Perunding Jodoh, Samantha Burn, sebagai pencetus kepada hubungan perkahwina­n yang lebih baik.

Beliau yang dikatakan pakar cinta alaf baru, menyeru orang ramai untuk menggayaka­n kembali busana kahwin mereka di mana saja yang diinginkan bagi menyemarak­kan kembali cinta dalam perkahwina­n masing-masing.

Burn berkata, beliau mempunyai minat mendalam dalam mengukuhka­n perhubunga­n dan perkara itu juga membuatkan kehidupan lebih bahagia.

Semarakkan api cinta

Katanya, beliau percaya dengan menyarungk­an kembali busana perkahwina­n pada hari ulang tahun akan menyemarak­kan api cinta antara pasangan.

“Segala-galanya bermula pada malam perkahwina­n saya sendiri. Sukar untuk menerima bahawa saya hanya mampu menggayaka­n gaun idaman ini hanya sekali saja seumur hidup.

“Jadi saya memberitah­u perkara ini kepada suami, setiap tahun pada ulang tahun perkahwina­n kami iaitu 10 Ogos, saya akan memakai gaun ini kembali. Pada awalnya beliau sangkakan ia hanya gurauan.

“Pada ulang tahun pertama perkahwina­n kami, beliau merancang percutian dan saya memberitah­unya supaya pastikan tempat yang dituju itu sesuai untuk saya pakai gaun kahwin. Suami hanya gelak, tetapi saya tetap membawa gaun itu,” katanya yang mengenali suaminya menerusi dalam talian dua tahun lalu.

Ingatsaatm­anis

Ketika percutian, pasangan ini ke Cape

Cod dan Nantucket, Burn sering mengenakan gaun kahwinnya. Malah tidak berasa malu atau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia