Berita Harian

Alkaline Ionizer berikan keceriaan

Banyak manfaat, jimat masa, mudahkan wanita sediakan makanan dan minuman lebih berkhasiat

-

Memberikan sesuatu yang terbaik kepada keluarga memang menjadi pilihan oleh semua ibu. Sebolehbol­ehnya, mereka ingin memastikan setiap ahli keluarga terjamin daripada sebarang masalah yang tidak diundang.

Setiap hari juga, kita akan kehilangan sekurangku­rangnya 2.5 liter air daripada badan dan jika jumlahnya terlalu banyak, ia boleh mengundang masalah fizikal.

Justeru, bagi menggantik­annya, pengambila­n air yang bersih, berkualiti adalah kunci kepada kesihatan badan seseorang. Kini, terdapat pelbagai produk berteknolo­gi tinggi yang mampu menawarkan air bersih kepada setiap orang.

Produk keluaran terbaharu Panasonic iaitu penapis air alkali Ionizer antara yang menyokong untuk kesihatan badan secara keseluruha­nnya.

Memandangk­an air antara perkara asas yang penting dalam penyediaan makanan, jadi produk ini bersesuaia­n dengan impian ibu untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga. Produk ini mengandung­i air yang penuh dengan hidrogen berbanding air biasa yang tidak diketahui kandungann­ya sama ada benar-benar bersih atau tidak.

Ia juga menghasilk­an tujuh jenis air dengan tujuh nilai ph berbeza iaitu air tulen, air sedikit berasid, berasid, alkali 1,2,3 dan 4. Setiap tahap air ini mempunyai fungsi dan kegunaanny­a yang tersendiri.

Empat jenis penapis

Air tulen sesuai digunakan untuk penyediaan susu formula dan makan ubat, sedikit berasid pula untuk mencuci muka, berasid khusus membasuh dan menyingkir­kan kesan minuman.

Air akan mengalir melalui empat jenis material penapis bagi membuang bahan-bahan yang kotor, berbahaya atau asing.

Empat jenis penapis berkenaan ialah fabrik bukan tenunan, seramik, karbon diaktifkan dan membran gentian.

Selepas itu, air akan melalui elektroliz­er yang disalut dengan titanium elektrod dan menghasilk­an air alkali.

Bagi air alkali 1 pula, ia untuk yang pertama kali menikmati air beralkali manakala alkali 2 untuk membantu tubuh mengekalka­n keseimbang­an ph optimum. Alkali 3 untuk menyediaka­n teh, sup atau stew dan alkali 4,

membolehka­n makanan berasa lebih sedap.

Bantu hapus bakteria

Penggunaan air menerusi produk ini juga boleh memberi manfaat dan keseimbang­an dalam kesihatan dan kehidupan harian kita.

Ini kerana ia ternyata benar-benar bersih dan selamat memandangk­an penapis itu dapat membantu menghapusk­an

99.9 peratus bakteria dan benda asing di dalam air.

Selain itu, ia menyokong kepada kesihatan tubuh yang mana ia dapat mengelak daripada masalah pencernaan makanan di dalam badan.

Bahkan, penggunaan air pilihan yang sesuai untuk penyediaan makanan dapat menjadikan hidangan lebih enak. Produk ini berharga

Untuk maklumat lanjut layari

RM4,899. www. panasonic.com.my

atau kunjungi pengedar Panasonic terdekat hari ini.

Alkali 2 - Dapat meningkatk­an rasa dan tekstur makanan seperti nasi

Alkali 3 - Memasak sayur dan bahan lain dengan cepat tanpa menghilang­kan rasa

Alkali 4 - Menghilang­kan rasa kelat pada sayuran

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia