Berita Harian

Sup ekor berempah

-

Berasal dari Singapura dan mula popular di Johor ketika Ramadan, sup ekor lembu kini menjadi kegemaran ramai biarpun pada hari biasa. Malah, hidangan ini dilihat banyak terjual di pasar malam juga restoran di ibu kota.

Rasa kuahnya yang pekat hasil daripada rebusan ekor lembu bersama bahan tertentu, ia memerlukan masa kirakira beberapa jam untuk direbus supaya menghasilk­an aroma dan rasa asli.

Cef Eksekutif, Restoran Nine Chefs di Putrajaya, Andy Basri, berkata bahan untuk menghasilk­an stok rebusan perlu tepat supaya rasa yang dihasilkan luar biasa.

“Terdapat dua versi menyediaka­n sup ekor ayam dan cara ini lebih enak kerana kuah dihasilkan pekat. Kita juga boleh gantikan ia dengan tulang lembu atau daging tetel mengikut cita rasa.

“Antara keistimewa­an hidangan ini, ia dapat merasai rasa rempah ratus dalam sup yang menjadi pemangkin dalam tubuh untuk kekuatan dalaman. Lebih enak sekiranya ia dijamu dengan roti berbanding nasi,” katanya.

Beri tenaga

Sup ekor lembu yang dimakan ketika panas akan merangsang sel dalam badan seterusnya mengeluark­an peluh yang baik untuk tenaga dalaman.

Selain itu, badan akan mulai segar, perjalanan darah bertambah lancar dan sentiasa bersemanga­t untuk melakukan apa saja kerja. Ia paling baik dimakan pada waktu petang, malam dan ketika hujan.

Andy berkata, tenaga yang dihasilkan disebabkan lendir pada ekor lembu mempunyai khasiat, seterusnya ditambah ramuan dan rempah ratus digunakan menaikkan aroma serta manfaatnya.

Minggu ini, Aroma Kulinari berkongsi resipi sup ekor lembu dari Restoran Nine Chefs. Nikmati keenakanny­a dan seterusnya meningkatk­an tenaga untuk berdepan cabaran setiap hari.

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ??
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia