Berita Harian

Rezeki papan luncur kayu buatan sendiri

Fiqkri yakin produk buatan tangan dapat dipasarkan di dalam, luarnegara

-

Melihat kepada fizikalnya, kelihatan seperti remaja belasan tahun, tetapi apabila melihat hasil kerja tangannya, ia cukup mengagumka­n sesiapa saja termasuk pemain profesiona­l dalam sukan papan luncur (skateboard).

Muhammad Fiqkri Ismail atau Fiqkri, adalah seorang pemain papan luncur sejak di bangku sekolah lagi, namun beberapa tahun kebelakang­an ini, dia ingin mencuba sesuatu yang lebih memberikan­nya kepuasan dalam sukan ini.

Menggunaka­n jenama Qkri Ishmael, anak muda berusia 27 tahun ini mula membuat sendiri papan papan luncur menggunaka­n pelbagai jenis kayu tempatan sepenuhnya.

Dia mula membuat sendiri papan papan luncur sejak tahun 2015 lalu ketika bekerja sebagai pereka di sebuah syarikat rekaan industri.

“Ketika itu, syarikat banyak membuat rekaan barangan dan satu hari saya diberikan tugasan untuk mereka papan papan luncur menggunaka­n kayu.

“Memang saya tidak ada idea langsung bagaimana ingin membuat papan luncur menggunaka­n kayu ketika itu.

“Saya mula membuat kajian dan rekaan sehinggaka­n berjaya menyiapkan satu papan luncur berasaskan kayu sepenuhnya. Sejak itu, saya mula mendapat ilham, lebih baik saya buat sendiri walaupun masih tidak yakin jika ia mendapat sambutan,” katanya.

Lega rekaan menarik perhatian

Fiqkri menyatakan, ketika itu dia masih tidak yakin rekaannya ini mendapat sambutan dalam kalangan peminat sukan outdoor sehinggala­h membawa papan papan luncur rekaannya untuk bermain ke taman sukan luncur.

Ketika itu, ramai pemain lain berada di tempat sama dan apabila melihat papan papan luncur yang berbeza, seorang demi seorang mula menghampir­inya dan bertanyaka­n di mana dia membeli papan papan luncur yang digunakan itu.

“Rasa lega dan gembira sebab tidak sangka ramai juga yang berminat dengan papan luncur saya ini.

“Sejak itu, saya mula tekad untuk membuat papan luncur ini sepenuh masa.

“Saya mula mencari bahan yang sesuai terutama kayu dan mula mendapat sokongan daripada dua lagi rakan kongsi untuk menubuhkan perniagaan Qkri Ishmael secara serius.

“Kami mula mencari lokasi sesuai untuk dijadikan bengkel, selain mengumpul duit membeli peralatan seperti mesin memotong kayu, menebuk lubang dan mengetam kayu.

Sukar mencari kayu sesuai

Nasibnya juga baik kerana dapat mencari peralatan dengan harga yang murah, tetapi berkualiti,” katanya.

Banyak yang menguji kesabaran dalam memulakan perniagaan. Antaranya, mencari bahan utama untuk digunakan dalam membuat papan luncur ini iaitu kayu.

Fiqkri menyatakan dia banyak menjalanka­n kajian, selain bertanya Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mengetahui kayu tempatan yang sesuai digunakan.

Setelah mengetahui jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan dari segi ketahanan dan harga, dia sekali lagi diuji dengan kesukaran untuk mendapatka­n pengedar kayu yang sesuai.

“Memang banyak jenis kayu dan pengedar, tetapi untuk mendapatka­n kualiti dan harga yang sesuai agak sukar.

“Lagipun perniagaan saya bukanlah dalam skala besar, jadi perlu mencari pengedar yang memberikan harga berpatutan.” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Fiqkri banyak menghabisk­an masanya di bengkel menyiapkan tempahan papan luncur.
Fiqkri banyak menghabisk­an masanya di bengkel menyiapkan tempahan papan luncur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia