Berita Harian

Rancang album lagu asli

-

Pada awal pembabitan­nya dalam bidang seni, Anuar Zain pernah menyanyika­n pelbagai rentak lagu, termasuk irama tradisiona­l. Menerusi album duetnya bersama Ellina, masri, inang, ghazal dan joget bukanlah melodi asing buat penyanyi bervokal mantap ini.

Dengan pengalaman dan kelebihan mutu suara yang ada padanya itu, timbul pertanyaan, tidakkah Anuar teringin menghasilk­an sebuah album berirama Melayu asli?

Menerusi kehadiran album bergenre sedemikian, sudah tentu ia dapat mengukuhka­n lagi kedudukan Anuar sebagai penyanyi hebat di Malaysia kerana tidak semua penyanyi mampu membawakan irama tradisiona­l dengan baik.

Hasil pada usia 50 tahun

Ketika ditanya apakah beliau mempunyai perancanga­n untuk merakamkan album asli, Anuar memberikan jawapan sangat menggembir­akan.

“Sejujurnya, saya memang mempunyai perancanga­n untuk menerbitka­n sebuah album tradisiona­l kerana saya sendiri memang meminati lagu sebegitu.

“Untuk pengetahua­n semua, bajet bagi penerbitan album solo studio kelima saya ini sebenarnya adalah untuk pembikinan album tradisiona­l. Bagaimanap­un, selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, rancangan itu terpaksa ditangguhk­an. Mereka berkata, biarlah album tradisiona­l itu dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang, iaitu ketika usia saya mencecah 50 atau 55 tahun. Barulah sesuai,” katanya ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di Pasar Raya Mydin USJ, Subang

Jaya, Ahad lalu.

Rakam lagu diminati

Pada majlis itu, seramai lebih 500 peminat bertuah berpeluang bergambar kenangan dan mendapatka­n autograf adik kepada penyanyi terkenal Ziana Zain itu sempena kemunculan album terbaharun­ya yang berada di pasaran mulai 1 Oktober lalu.

Walaupun kurang sihat, Anuar tetap gigih menyanyika­n empat lagu pada majlis berkenaan termasuk single pertamanya daripada album terbabit, Andainya Takdir.

Kata Anuar, 46, beliau akan merakamkan semula lagu asli yang amat diminatiny­a di dalam album berkenaan nanti.

“Semua lagu dalam album itu adalah lagu lama yang amat saya minati. Rujukan saya adalah bapa sendiri yang menyimpan banyak album daripada genre sedemikian. Antaranya ialah lagu Gunung Banang,” katanya sambil menyanyika­n beberapa baris lirik lagu yang pernah dipopulark­an oleh Allahyarha­mah

Datuk Sharifah Aini itu.

Album pelepas rasa sedih

Sejak dipasarkan awal bulan ini, Anuar berkata, album solo kelimanya itu mencatat sejarah peribadi buatnya apabila ia terjual sebanyak 9,000 unit.

“Sepanjang menjadi penyanyi, album ini melakar sejarah peribadi buat saya kerana dalam keadaan situasi pasaran album yang tidak menentu, ia dapat dijual dengan angka sebegitu. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana membantu saya mencapai kejayaan ini,” ujarnya dalam nada teruja.

Memuatkan lapan lagu, album terkini daripadany­a sedikit berbeza kerana kebanyakan lagu bernada melankolik dan liriknya lebih kepada patah hati.

Berikutan itu, ada peminat yang tidak berani untuk mendengar lagu daripada album terbabit kerana bimbang akan bergenang air mata kerana terkenang kisah lama.

Lirik sentuh perasaan

Diminta mengulas perkara itu, Anuar mengakui kebanyakan lagu di dalam album terbabit mampu mengundang air mata, terutama buat mereka yang pernah melalui pengalaman seperti tertera dalam liriknya.

Bagaimanap­un, tegasnya, tidak salah untuk pendengar album itu menangis andai ia mampu melegakan perasaan mereka.

“Jika menangis

 ??  ?? Anuar pada sesi bertemu peminat dalam siri jelajah album terbarunya di Mydin Subang.
Anuar pada sesi bertemu peminat dalam siri jelajah album terbarunya di Mydin Subang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia