Berita Harian

Tetap minat berlakon

-

Mengimbau detik awal kemunculan wanita jelita ini dalam dunia seni sekitar tahun 2000, siapa tidak kenal Jue Aziz yang pernah dianggap magnet kontrovers­i.

Satu persatu kisah sensasi melingkari aktres ini yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi selain dikatakan sering bertukar pasangan.

Dek cerita panas, nama Jue Aziz menjadi perbualan hingga bakat lakonannya bagai tidak diendahkan.

Sudah mencapai usia 33 tahun, Jue mengaku apa yang dilalui sebelum ini sekadar sementara.

Jue sedar perjalanan hidupnya ketika itu adalah proses untuk dia mengenal erti hidup sebelum dipertemuk­an kembali ke jalan Allah.

Menganggap dirinya sudah matang, Jue yang muncul dalam filem Mat Moto Otai arahan sutradara terkenal, Ahmad Idham yang sedang ditayangka­n, enggan lagi terpalit dengan kontrovers­i.

“Pada usia muda, malah dianggap masih budak ketika itu, banyak benda yang saya mahu cuba dan buat. Apatah lagi saya jahil.

Enggan terbabit kontrovers­i

“Perjalanan saya berliku-liku dan pelbagai dugaan datang. Namun, ia adalah proses saya belajar erti kehidupan.

“Alhamdulil­lah, saya sudah melalui zaman itu pada awal usia.

Apa yang penting, kini saya sudah kembali ke jalan betul,” katanya.

Jue memberitah­u, beberapa tahun sebelum mendirikan rumah tangga, dia banyak berdiam diri, malah mengambil pendekatan low profile.

“Saya sudah selesa begini... Lagipun, saya rasa sudah tua. Jadi, tidak perlulah kontrovers­i lagi. Saya sudah tahu bagaimana hendak kawal kalau ia berlaku lagi,” katanya pada sesi fotografi di studio The New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, baru-baru ini.

Selepas berkahwin dengan pemuzik dari Indonesia, Bayu Daniels, tiga tahun lalu, kehidupan Jue berubah 360 darjah.

Jue bertambah bahagia dengan kehadiran anak angkat, Darwish Naufal, 4. Malah, kehidupann­ya lebih tenang sejak mula memakai hijab, dua tahun lalu.

Masih ada peminat

Menyedari asam garam dunia glamor yang berputar bagaikan roda, Jue tidak menafikan kehadiran pelakon baharu membunuh peluang pelakon senior sepertinya.

Bintang telefilem Lagenda Budak Setan ini berpendapa­t kontrovers­i artis sekarang berbeza dengan dulu.

“Pendatang baharu tampak seperti mereka yang mencari publisiti melalui kontrovers­i yang dicipta bagi menaikkan nama dan pasaran mereka.

“Bagi saya, tidak perlu dipaparkan setiap hari nama kita. Cukup sekadar muncul sekali sekala secara eksklusif,” katanya sambil menolak dakwaan populariti dirinya merudum selepas berkeluarg­a dan berhijab.

Masih ada peminat

Berikutan tawaran berlakon agak perlahan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Jua tidak menafikan wajahnya kurang muncul di layar perak.

Jue juga kesal wujudnya sikap pilih kasih hingga ada pelakon berasakan diri mereka terpinggir.

“Namun, saya bersyukur kerana nama saya masih disebut-sebut. Masih ramai peminat memuji lakonan saya yang dikatakan memberi impak hingga sekarang,” katanya.

Selain itu, Jue berkata, kekurangan tawaran berlakon mungkin disebabkan ada pihak produksi yang menyangka dirinya tidak menetap di Malaysia.

“Ramai yang ingat saya sudah tinggal di negara kelahiran suami di Indonesia. Sebenarnya tidak. Saya tidak tahu bagaimana orang salah faham. Mungkin ada orang yang sengaja menyebarka­n cerita ini seperti mahu menyekat rezeki saya.

“Saya harap janganlah ada lagi orang membuat dakwaan itu. Ini kerana saya masih menetap di Malaysia dan berminat untuk berlakon,” katanya yang turut berdakwah melalui perniagaan tudung.

Dalam perkembang­an lain, Jue akan muncul dalam rancangan Kelab Komedi yang akan disiarkan di TV9, tidak lama lagi, selain menjalani penggambar­an sebuah drama, tahun depan. Pelakon

 ?? [ FOTO SAIFULIZAN TAMADI / BH ] ?? Jue bersama suami, Bayu dan anak, Darwish Naufal.
[ FOTO SAIFULIZAN TAMADI / BH ] Jue bersama suami, Bayu dan anak, Darwish Naufal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia