Berita Harian

Langkah proaktif jana dana sendiri

- Oleh Nor Azma Laila

Penguranga­n peruntukan bagi sektor pendidikan tinggi dalam Bajet 2016 mendorong universiti awam (UA) mengambil langkah proaktif menjana dana sendiri supaya mampu terus berdaya saing dan melahirkan graduan berkemahir­an tinggi serta memenuhi kehendak industri.

Universiti Malaysia

Pahang (UMP) antara universiti mengambil langkah bijak dengan melancarka­n program Mygift sebagai platform rasmi sumbangan endowmen kepada universiti dan berjaya mengumpul dana kira-kira RM13 juta sejak diperkenal­kan tahun lalu.

Naib Canselor UMP,

Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata inisiatif Mygift adalah respon strategik UMP terhadap seruan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneroka prospek endowmen dan wakaf pendidikan tinggi secara lebih intensif dengan kerjasama agensi awam, organisasi korporat dan

Majlis Agama Islam negeri.

“Bawah platform Mygift, ada 10 bentuk endowmen dan tabung, iaitu Endowmen Biasiswa Pelajar, Kemudahan/ Fasiliti, Kursi dan Kecemerlan­gan serta Tabung Komuniti, Ramadan, Masjid, Bencana, Wakaf dan Prasarana.

Cari alternatif

“Penyumbang boleh memilih untuk membuat sumbangan dana kepada mana-mana endowmen atau tabung dikehendak­i dan akan disalurkan bagi manfaat dan kesejahter­aan mahasiswa, kecemerlan­gan akademik serta pembanguna­n komuniti,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Inisiatif Mygift berjaya menarik pembabitan pelbagai pihak untuk membuat sumbangan, termasuk mahasiswa, fakulti, pejabat pengurusan universiti, anak syarikat universiti, syarikat swasta dan Majlis

Agama Islam negeri.

Sumbangan itu sekali gus membantu UMP melaksanak­an pelbagai usaha, termasuk pembanguna­n prasarana dan menghulurk­an bantuan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan.

Sementara itu Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Musa Ahmad, berkata pihak universiti menyedari suasana ekonomi global yang turut memberi kesan kepada ekonomi negara dan kewangan kerajaan, justeru mencari alternatif untuk menjana dana bagi kegunaan universiti.

Projek wakaf

“Kami menyambut baik harapan kementeria­n untuk melihat UA berdikari dan menjana kewangan dalaman sehingga 30 peratus. Oleh itu, kami akan memanfaatk­an wakaf sebagai sumber penjanaan dana, malah USIM menjadi satu-satunya UA yang mendapat status Mutawali daripada Majlis Agama Islam yang membolehka­n kami mengumpul dan menguruska­n dana wakaf.

“Penjanaan secara wakaf ini akan ditumpukan kepada projek pembanguna­n kemudahan di dalam kampus yang terhenti kerana kekangan peruntukan daripada agensi pusat,” katanya.

Beliau berkata, projek diutamakan kini ialah pembinaan kolej kediaman pelajar secara wakaf yang mana beberapa pihak sudah tampil mengadakan perbincang­an serius untuk membina dua kolej kediaman secara wakaf.

“Kami ada projek wakaf yang sudah beroperasi, iaitu klinik pakar kesihatan USIM, klinik pakar bergerak dan pusat hemodialis­is yang dibina melalui dana wakaf daripada Majlis Agama

Islam Negeri Sembilan.

Pasarkan produk

“USIM juga mempunyai anak syarikat sebagai entiti penjanaan kewangan kepada universiti, iaitu USIM Tijarah Holding yang akan menawarkan program akademik berbentuk eksekutif bagi menjana pendapatan,” katanya.

Bagi mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Shafiq Kamaruddin, pelajar perlu bijak dan kreatif dalam mencari dana tambahan untuk mengatasi masalah kekurangan peruntukan daripada pihak kerajaan supaya proses pembelajar­an itu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah kewangan.

“Memang ada mahasiswa bekerja sambilan untuk membiayai kos sara hidup tanpa perlu bergantung kepada biasiswa atau pinjaman semata-mata.

“Meskipun begitu, saya berpendapa­t mahasiswa mungkin boleh lebih kreatif dengan berusaha mencari dana untuk memasarkan produk penyelidik­an yang dihasilkan, sekali gus membuktika­n bahawa penyelidik­an itu bukan sahaja untuk dibukukan dan diletakkan dalam koleksi jurnal sematamata, tetapi mampu menjana pendapatan kepada pelajar dan universiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia