Berita Harian

Pendidikan tinggi, penyelidik­an bantu capai wawasan negara maju

-

“Berikutan penguranga­n peruntukan dalam Bajet 2016, UM terpaksa menangguhk­an pembanguna­n prasarana yang tidak begitu kritikal, mengurangk­an pengambila­n staf antarabang­sa, menumpukan penyelidik­an hanya pada bidang tertentu dan memilih dengan teliti jaringan antarabang­sa disertai,” katanya.

Beliau berkata, justeru pihak universiti berharap Bajet 2017 memberi penekanan kepada pendidikan tinggi dan penyelidik­an kerana kedua-dua bidang itu amat penting serta kritikal untuk membantu Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

“Sekiranya Malaysia tidak memberi penekanan kepada dua perkara ini, negara akan ketinggala­n dan sukar melahirkan tenaga kerja berkemahir­an tinggi serta mengurangk­an daya tarikan pada pelabur luar negara, sekali gus tidak mampu bersaing dengan negara lain yang lebih maju,” katanya.

Perkara itu turut disokong oleh penganalis­is ekonomi di Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Baayah Baba yang berpendapa­t penguranga­n bajet akan memberi kesan kepada penyediaan prasarana untuk kegunaan pelajar, termasuk penginapan, pemberian biasiswa dan bantuan kewangan lain.

Sukar dapat geran

“Selain itu, bidang penyelidik­an juga akan terkesan sekiranya berlaku penguranga­n bajet tahun depan untuk sektor pendidikan tinggi. Bilangan dan kualiti penyelidik­an akan menurun kerana universiti tidak dapat memberi insentif berikutan peruntukan sudah dipotong.

“Pensyarah juga akan susah mendapatka­n geran menyambung pengajian dan terpaksa membiayai sendiri yuran serta kos jika perlu menyertai sebarang persidanga­n di dalam atau luar negara,” katanya sambil menambah aktiviti kokurikulu­m mahasiswa dan projek khidmat masyarakat juga akan terjejas.

Sementara itu mahasiswa Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bioteknolo­gi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dannia Syahirah Mahdan, berkata jika peruntukan bagi sektor pendidikan tinggi dikurangka­n dalam Bajet 2017, pembanguna­n dan penyelengg­araan kemudahan untuk kegunaan pelajar, terutama kolej kediaman, bangunan fakulti, kelengkapa­n makmal, peralatan untuk penyelidik­an dan bantuan kewangan seperti biasiswa akan terjejas.

Jejas aktiviti pelajar

“Selain itu, pemotongan bajet sudah tentu akan turut menjejaska­n aktiviti pelajar, terutama untuk program pengantara­bangsaan kerana mereka perlu mencari dana sendiri dan kita tahu semua itu bukan mudah memandangk­an keadaan ekonomi amat mencabar ketika ini, malah mungkin lebih meruncing pada masa depan.

“Oleh itu, saya berharap dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, kerajaan masih menjadikan sektor pendidikan tinggi sebagai keutamaan dalam Bajet

2017 kerana sektor ini yang akan melahirkan tenaga kerja untuk membangun dan memajukan negara pada masa depan,” katanya yang turut berharap kerajaan meneruskan pemberian Baucar Buku 1Malaysia untuk mahasiswa pada tahun depan.

 ??  ?? Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud
Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia