Berita Harian

UITM terus gah selepas 60 tahun

- Oleh Basir Zahrom

Bermula sebagai Dewan Latehan RIDA dengan 50 pelajar dalam ambilan pertama 60 tahun lalu, kini Universiti Teknologi MARA (UITM) muncul antara institusi terbaik negara ini yang menawarkan 500 program peringkat asasi hingga pascasiswa­zah dan menempatka­n 168,000 pelajar bumiputera serta antarabang­sa.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, berkata walaupun menempuh banyak cabaran untuk meraih pencapaian kini, UITM terbukti memberi sumbangan besar kepada negara, terutama pembanguna­n bumiputera dalam pelbagai bidang.

Pada usia 60 tahun, beliau berharap persepsi masyarakat dan pemegang taruh lebih positif terhadap institusi yang banyak berjasa berdasarka­n sumbangan, kualiti serta kebolehpas­aran graduannya itu.

“Kini, UITM mempunyai reputasi tersendiri dengan menerima pelbagai pengiktira­fan tetapi kita mahu tampil lebih menonjol bukan hanya di dalam negara, malah bersaing pada peringkat antarabang­sa.

Perkasa sosioekono­mi

“Kita berada dalam kelompok 200 terbaik Asia dan 700 terbaik dunia, iaitu pencapaian penarafan yang bukan mudah diraih apabila mengambil kira kapasti universiti ini yang sangat besar, terutama apabila membabitka­n pengurusan sumber kewangan.

“Saiz institusi yang besar memerlukan bajet besar, justeru kita perlu memikirkan penjanaan sumber lain bagi mencapai kemampanan dana untuk kelangsung­an UITM dengan mengatur pelbagai aktiviti yang mendatangk­an pulangan tetapi semua ini memerlukan masa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Prof Emeritus Hassan berkata, selain memberi fokus kepada kecemerlan­gan institusi,

UITM juga bertindak sebagai pengimbang pembabitan bumiputera dalam pelbagai bidang di negara ini.

Melangkah ke depan, beliau berkata, peranan membangunk­an sosioekono­mi bumiputera bukan hanya perlu diteruskan, malah diperkasak­an lagi dan

UITM sememangny­a agresif dalam usaha itu.

Pembelajar­an fleksibel

“Kita mempunyai jaringan baik untuk menjayakan usaha ini dengan pelbagai pihak, termasuk industri dan alumni yang kini mencecah lebih 660,000 orang. Ini penting supaya mereka memahami inisiatif yang kita lakukan.

“Banyak negara lain juga menjalanka­n intervensi sebegini di institusi pendidikan tinggi mereka seperti di China, New Zealand dan Amerika Syarikat. Namun, saya yakin di UITM, paling berkesan dan memberi hasil yang baik,” katanya.

Bagi menghadapi persaingan sengit dalam era serba mencabar kini, Prof Emeritus Hassan berkata, pihaknya giat mengusahak­an konsep pembelajar­an fleksibel yang memungkink­an diversiti dan kemahiran multidisip­lin.

Beliau berkata, pendekatan itu penting kerana kemahiran demikian amat diperlukan sekarang, justeru selain berusaha keras mengoptimu­mkan bakat pelajar cemerlang, UITM juga gigih membantu pelajar kurang cemerlang untuk mencapai tahap maksimum mereka.

Transforma­si minda

“Kita tidak terlalu fokus bagaimana pelajar masuk ke UITM biarpun saya tahu 60 peratus daripada mereka memasuki UITM dengan keputusan yang baik tetapi lebih penting ialah mereka keluar sebagai graduan cemerlang, justeru prosesnya perlu betul.

“Fakulti yang mencapai tahap cemerlang seperti Fakulti Perakaunan dan Fakulti Undang-undang yang sudah melahirkan ramai profesiona­l, begitu juga dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka akan terus diperkasak­an, manakala yang berusaha ke arah itu akan diberi galakan sewajarnya.

“Bagi mentransfo­rmasi minda pelajar supaya lebih terbuka, kami mewujudkan program secara tidak rasmi dan mobiliti dengan penyertaan mereka dalam latihan industri serta pertukaran pelajar di luar negara,” katanya.

 ??  ?? Milestone UITM sejak 1956 hingga 1999. Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said
Milestone UITM sejak 1956 hingga 1999. Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said
 ??  ??
 ??  ?? Prof Emeritus Hassan beramah mesra dengan pelajar UITM.
Prof Emeritus Hassan beramah mesra dengan pelajar UITM.
 ??  ?? Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di UITM Shah Alam
Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di UITM Shah Alam
 ??  ?? Dewan Tuanku Canselor di UITM Shah Alam.
Dewan Tuanku Canselor di UITM Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia