Berita Harian

Kaji rawatan pilihan, pesakit kanser nasofarink­s

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Menemukan kaedah rawatan pilihan yang berkesan untuk pesakit kanser, selain radioterap­i dan kemoterapi, menjadi tumpuan penyelidik­an sedang dijalankan oleh saintis muda, Dr Nethia Mohana Kumaran, 34.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, penyelidik­an dijalankan­nya sejak tiga tahun lalu itu memfokus kepada kaedah rawatan pilihan untuk pesakit kanser nasofarink­s, terutama yang memasuki tahap tiga atau empat.

Pada kebiasaan, katanya, pesakit kanser tahap akhir seperti itu sudah tidak sensitif terhadap rawatan konvension­al radioterap­i serta kemoterapi berbanding mereka yang baru pada tahap pertama dan kedua.

Molekul protein

“Berikutan permasalah­an itu, saya memikirkan satu penyelidik­an yang dapat menemukan kaedah rawatan pilihan lebih baik untuk membantu pesakit kanser nasofarink­s menjalani kehidupan mereka,” katanya.

Dr Nethia Mohana yang menjalanka­n kajian itu bersama dua rakan sekerja di

USM berkata, beliau menggunaka­n kaedah ‘Genome Editing Technology’ untuk mengesan molekul protein yang menjadi tumpuan kebergantu­ngan sel kanser untuk terus hidup.

Terima anugerah

Beliau berkata, keberhasil­an usaha itu akan memudahkan tindakan selanjutny­a untuk menghapusk­an terus sel kanser dalam badan manusia dengan cepat tanpa membuang masa.

“Penyelidik­an yang masih dalam peringkat kajian itu seterusnya akan membantu mengenal pasti penggunaan dadah bersesuaia­n untuk menghapusk­an sel kanser daripada terus merebak, sekali gus dapat menjimatka­n masa dan kos rawatan pesakit kanser nasofarink­s,” katanya.

Dalam pada itu, usaha penyelidik­an berkenaan turut menyaksika­n Dr Nethia Mohana terpilih sebagai seorang daripada tiga penerima Anugerah L’OREALUNESC­O

For Women in Science 2016, barubaru ini.

Suntik semangat

Beliau menyifatka­n

 ??  ?? Penyelidik­an Dr Nethia Mohana memfokus kepada kaedah rawatan pilihan untuk pesakit kanser nasofarink­s.
Penyelidik­an Dr Nethia Mohana memfokus kepada kaedah rawatan pilihan untuk pesakit kanser nasofarink­s.
 ??  ?? Dr Nethia Mohana sedang menjalanka­n penyelidik­an di makmal.
Dr Nethia Mohana sedang menjalanka­n penyelidik­an di makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia