Berita Harian

Hari terbuka UNITAR tarik minat masyarakat

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Hari Terbuka Universiti Antarabang­sa UNITAR (UNITAR) yang berlangsun­g di Galle- ria@kotaraya di sini, baru-baru ini, menarik kunjungan orang ramai untuk mendapatka­n maklumat terperinci mengenai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu.

Penganjura­n tahun kedua itu diteruskan kerana mampu menjadi landasan untuk UNITAR beramah mesra dengan masyarakat dan pada masa sama, memberi pendedahan mengenai pelbagai program pengajian ditawarkan.

Eksekutif Kanan UNITAR Johor Bahru, Mohd Syahrezal Abdul Aziz, berkata program sehari dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu tidak ketinggala­n menampilka­n ikon dan duta universiti itu yang juga penyanyi popular, Najwa Latif.

Aktiviti santai

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program dengan kebanyakan­nya berbentuk santai bagi mendekati pengunjung dan golongan sasar, ter- utama mereka yang ingin melanjutka­n pelajaran.

“Golongan sasar program ini semestinya pelajar sekolah, selain ibu bapa untuk diberikan pendedahan mengenai peluang pengajian yang boleh direbut anak mereka nanti,” katanya.

Di samping kaunter maklumat, Mohd Syahrezal berkata, kaunter pendaftara­n khas turut dibuka untuk mereka yang berminat memulakan pengajian pada sesi September lalu.

Antara program pengajian ditawarkan di UNITAR Johor Bahru ialah Asas Pengurusan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak).

Sementara itu, Najwa mengaku berbesar hati dapat turut menjayakan program berkenaan, sekali gus berpeluang beramah mesra dengan peminat di selatan tanah air.

“Sebagai penuntut dalam bidang pengajian Pengajaran Bahasa Ingge- ris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UNITAR, saya berbangga dapat menjayakan bersama hari terbuka ini,” katanya.

 ?? [ FOTO OLEH MOHD AZREN JAMALUDDIN.] ?? Penampilan Najwa memeriahka­n lagi program Hari Terbuka UNITAR.
[ FOTO OLEH MOHD AZREN JAMALUDDIN.] Penampilan Najwa memeriahka­n lagi program Hari Terbuka UNITAR.
 ??  ??
 ??  ?? Najwa ceria merakamkan selfie bersama pelajar.
Najwa ceria merakamkan selfie bersama pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia