Berita Harian

Shaick Saifullah, Aula Atikah ungguli cabaran keusahawan­an

-

Serdang: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Shaick Saifullah Jehangir Ali, muncul juara Program Cabaran Keusahawan­an Dagang 2016 (TRADEC ‘16), barubaru ini.

Pada pertanding­an anjuran Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) UPM itu, peserta dikehendak­i menjalanka­n perniagaan dagang serta program pemulihan bisnes bersama usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Melalui pendedahan diperoleh, Shaick Saifullah berkata, beliau ber peluang mempelajar­i pelbagai teknik hebat untuk menjalanka­n perniagaan secara lebih berkesan.

“Saya akan memanfaatk­an segala ilmu dan pengalaman diraih sepanjang mengikuti program ini,” katanya yang juga pemilik syarikat Ombak Printing Services.

Geran perniagaan

Kemenangan itu menyaksika­n Shaick Saifullah membawa pulang geran perniagaan bernilai RM1,800, pakej lawatan ke Guangzhou, China, sesi kejurulati­han perniagaan peribadi bernilai RM3,000 dan tambah nilai RM100.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Amirul Hakim Shaharul Badri yang menerima geran perniagaan RM1,500 dan sesi kejurulati­han perniagaan peribadi bernilai RM1,500.

Tempat ketiga pula diraih Mohd Nor Fadil Lanangka dengan hadiah geran perniagaan RM1,000 dan sesi kejurulati­han perniagaan peribadi bernilai RM1,000.

Dalam pada itu, Cabaran Integrasi Keusahawan­an Ekonomi Wanita (IKEKWA 1.0) yang juga anjuran UCTC UPM dimenangi oleh Aula Atikah Radzizuan dengan menerima hadiah geran perniagaan RM1,500 dan pakej lawatan ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia