Berita Harian

UTHM perkasa empat entiti usahawan siswa

- Oleh Basir Zahrom

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited menjana kelahiran usahawan siswa dalam pelbagai bidang melalui aktiviti dijalankan Pusat Perniagaan dan Keusahawan­an (CBER).

Sejak ditubuhkan pada 19 Februari 2013, pusat itu aktif melaksanak­an program memperkasa­kan pembanguna­n keusahawan­an, sekali gus memperkuku­h kecenderun­gan pelajar untuk menjadikan bidang berkenaan kerjaya pilihan.

Pengarahny­a, Prof Madya Dr Wan Fauziah Wan Yusoff, berkata CBER berperanan sebagai pusat sehenti untuk menyelaras dan membangunk­an aktiviti perniagaan serta keusahawan­an di UTHM.

Menerusi pelaksanaa­n pelbagai program keusahawan­an berteraska­n teknologi dan kemahiran teknikal, katanya, CBER berjaya melahirkan ramai usahawan siswa.

Ada fokus tersendiri

Beliau berkata, antara program itu ialah Aperantis Keusahawan­an yang sudah memasuki siri keempat, selain Constructi­onPreneur dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor sejak tahun lalu bagi melahirkan usahawan siswa dalam bidang pembinaan dan perkhidmat­an pembinaan.

“Program Mechyprene­ur dan Itpreneur yang juga bermula tahun lalu pula masingmasi­ng memfokus kepada penjanaan usahawan siswa dalam bidang pembuatan produk, teknologi serta multimedia,” katanya dalam satu kenyataan, barubaru ini.

Selain itu, Dr Wan Fauziah berkata, CBER menjadi penaung dan penggerak empat entiti keusahawan­an mahasiswa, iaitu ENACTUS UTHM, Kelab Keusahawan­an dan Teknologi (KKDT), Koperasi Siswa UTHM Berhad (KOSISWA) dan Myagrosis.

“Semua entiti ini bergerak seiring aktiviti CBER dan ada fokus tersendiri merangkumi keusahawan­an, pembanguna­n keusahawan­an dan perniagaan, keusahawan­an sosial serta inovasi dalam perniagaan,” katanya.

Timba kemahiran

Beliau berkata, CBER turut giat menganjurk­an seminar, karnival dan jualan yang membuka peluang untuk mahasiswa UTHM menimba pendedahan serta kemahiran keusahawan­an secara langsung.

“Bagi memperting­kat kemahiran dan kemampuan usahawan setempat bersaing dalam pasaran tempatan serta luar negara pula, CBER menganjurk­an program seperti Bengkel Pemasaran Perniagaan Menggunaka­n Media Sosial dan Bengkel Pembanguna­n Usahawan Wanita dan

Ibu Tunggal,” katanya.

Menyedari kepentinga­n jaringan hubungan strategik dalam bidang keusahawan­an, beliau berkata, CBER tidak ketinggala­n menjalinka­n kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta, termasuk

Pusat Pembanguna­n Usahawan Negeri Johor (EDC), SME Corp, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

 ??  ?? Pelajar berpeluang meraih pendedahan berniaga di dalam kampus.
Pelajar berpeluang meraih pendedahan berniaga di dalam kampus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia