Berita Harian

Jenama BINAQI gabungan tiga sahabat

- Oleh Basir Zahrom

Jenama BINAQI yang menawarkan produk tudung sifon mampu milik, tersirat makna istimewa bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n, Universiti Malaya (UM), Nur Atiqah Nabihah Ab Rashid.

Beliau yang mempelawa dua rakan sekampus untuk mengusahak­an bersama perniagaan dalam talian itu berkata, BINAQI adalah gabungan nama mereka bertiga, iaitu Nur Atiqah Nabihah (BI), Nurshahida­h Fauzi atau panggilan mesra Nasha (NA) dan Nur Aqila Abdul Wahab (QI).

Anak kelahiran ibu negara itu berkata, tawaran BINAQI membantu pengge- mar tudung sifon kosong untuk mendapatka­n produk berkenaan bukan sahaja pada harga berpatutan, malah kainnya tidak jarang dengan labuh menutupi dada seperti yang disyariatk­an dalam Islam.

Buka gerai jualan

“Kami memulakan perniagaan ini sejak tahun lalu dan sudah menimba pelbagai pengalaman serta mengenali ramai orang secara tidak langsung.

“Pendedahan diperoleh banyak mengajar kami mengenai selok-belok dunia perniagaan. Ibu bapa juga sentiasa memberikan sokongan moral dan nasihat, sekali gus mendorong kami terus gigih berusaha,” katanya.

Sambil menjelaska­n perniagaan itu mampu meraih purata keuntungan antara RM300 hingga RM500 sebulan, Nur Atiqah Nabihah berkata, mereka juga tidak melepaskan peluang membuka gerai jualan sewaktu penganjura­n karnival atau bazar, terutama di UM.

Jadi vendor butik

“Penyertaan melalui program sedemikian dapat membantu meningkatk­an jualan berbanding hari biasa. Tambahan pula, jenama BINAQI semakin mendapat sambutan ramai.

“Selain mengharapk­an medium dalam talian dan penyertaan karnival atau bazar, kami juga merancang untuk memperluas­kan pemasaran jenama BINAQI dengan menjadi vendor beberapa butik,” katanya.

 ??  ?? Tudung BINAQI diperbuat daripada kain sifon tidak jarang dan labuh menutupi dada.
Tudung BINAQI diperbuat daripada kain sifon tidak jarang dan labuh menutupi dada.
 ??  ?? Nur Atiqah Nabihah di gerai jualan BINAQI sewaktu penganjura­n karnival di UM.
Nur Atiqah Nabihah di gerai jualan BINAQI sewaktu penganjura­n karnival di UM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia