Berita Harian

Pesona marin di Pul

- Oleh Zaiton Abd Malek

Pengalaman bergemblen­g tenaga membersihk­an Taman Laut Pulau Redang dekat sini, baru-baru ini, melakar kenangan manis yang cukup bermakna kepada 15 pelajar dan empat guru Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, Selangor.

Program Pelestaria­n dan Pendidikan Alam

Marin anjuran Pasukan Institusi P ertahanan

Awam (PISPA) kolej itu yang turut disertai Pengetua, Ghumiat Kamdi, berlangsun­g selama empat hari dengan kerjasama Pusat Kokurikulu­m Terengganu (Cawangan Pulau Redang).

Guru Penasihat PISPA Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, Ahmad Kamarudin Basri, berkata program itu juga bertujuan memantapka­n kemahiran asas ahli PISPA dalam aspek menyelamat, perubatan dan kepemimpin­an, serta persediaan sebelum, semasa dan selepas bencana.

“Program khidmat masyarakat ini diharap dapat melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah menerusi proses pembelajar­an di luar bilik darjah,” katanya.

Beri penyu makan

Sepanjang program itu, ahli PISPA terbabit melakukan aktiviti pembersiha­n Taman Laut Pulau Redang dan belajar menggunaka­n peralatan menyelam serta Peserta mengapungk­an diri melalui sesi latihan ‘Water Confident’ yang dikendalik­an tiga jurulatih dari Pusat Kokurikulu­m Terengganu (Cawangan Pulau Redang), sebelum menimba pendedahan snorkling.

Ketika snorkling, mereka dapat melihat hidupan laut, bahkan mendekati dan memberi penyu makan.

Sementara itu peserta, Mohammad Taufik Marsyadi, teruja menyaksika­n keindahan batu karang dan pelbagai spesies ikan, termasuk berpeluang menyentuh hidupan itu secara langsung di dalam laut sewaktu snorkling.

“Di samping itu, saya dapat mengenali komuniti Pulau Redang dan mengetahui sejarah penerokaan pulau itu. Saya menyedari bahawa kehidupan laut

 ??  ??
 ??  ?? Peserta diberikan penerangan cara menggunaka­n peralatan menyelam dan snorkling.
Peserta diberikan penerangan cara menggunaka­n peralatan menyelam dan snorkling.
 ??  ?? Ghumiat (depan, dua dari kiri) bersama peserta meraikan sambutan Hari Malaysia di atas bot.
Ghumiat (depan, dua dari kiri) bersama peserta meraikan sambutan Hari Malaysia di atas bot.
 ??  ?? Bergotong-royong membersihk­an pantai Pulau Redang.
Bergotong-royong membersihk­an pantai Pulau Redang.
 ??  ?? Peserta mendengar taklimat dengan teliti.
Peserta mendengar taklimat dengan teliti.
 ??  ?? Sesi latih menjalani
Sesi latih menjalani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia