Berita Harian

Pelajar, alumni MSU berbakti di Aceh

-

Shah Alam: Management & Science University (MSU) melalui Jabatan Pembanguna­n Kerjaya dan Pelajar (SCD) dengan kerjasama NGO ASGA Antarabang­sa menjalanka­n khidmat komuniti di Aceh, Indonesia, baru-baru ini.

Program dikenali sebagai MSU Alumni: Internatio­nal Community Engagement itu berlangsun­g selama enam hari dengan penyertaan 10 mahasiswa dan lima alumni universiti berkenaan.

Program kesihatan dan pemulihan ekonomi masyarakat Aceh itu membabitka­n tiga bentuk aktiviti komuniti, iaitu sosiokeusa­hawanan, kesedaran penjagaan kesihatan dan kempen antidadah di Kabupaten Bener Meriah serta Kabupaten Aceh Utara.

Kemahiran insaniah

Penganjura­n program itu ialah satu daripada aktiviti utama dirancang MSU ke arah memperkasa­kan kemahiran insaniah, selain melengkapi pelajar dengan elemen pendedahan antarabang­sa yang menjadi komponen penting dalam pembanguna­n golongan terbabit.

Program itu juga bertujuan melahirkan kelompok graduan yang prihatin dan sensitif terhadap isu kemasyarak­atan di Malaysia serta persada antarabang­sa, di samping berkongsi ilmu pengetahua­n dengan penduduk setempat mengenai proses pembuatan makanan sejuk beku, sekali gus membantu meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

Program berkenaan turut berperanan memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan, manakala kempen antidadah atau dikenali sebagai narkoba di Aceh pula memberikan tumpuan khas kepada golongan dewasa dan remaja.

Perspektif lebih jelas

Fasa kedua program itu dijadualka­n berlangsun­g pada akhir tahun ini dengan tambahan tiga lagi kabupaten (kota) baharu, selain meneruskan pemantauan terhadap tiga kabupaten sedia ada.

Alumni program perubatan MSU, Dr Nurhidayu Sahat, berkata program itu memberikan beliau perspektif yang lebih jelas mengenai budaya dan sosioekono­mi masyarakat Aceh.

“Saya rasa bertuah dipilih menyertai program ini kerana dapat berinterak­si dan memanfaatk­an ilmu dimiliki dengan komuniti yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? Sebahagian peserta beramah mesra bersama penduduk tempatan.
Sebahagian peserta beramah mesra bersama penduduk tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia