Berita Harian

Matlamat jelas, perancanga­n masa buahkan kejayaan

- Oleh Nur Syazwana Mansor

SMemiliki matlamat yang jelas dan tidak mudah menyerah kalah menjadi kunci kejayaan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (dengan Kepujian) Bioteknolo­gi, Universiti AIMST, Alia Amalina Norharmi, 23.

Pada majlis konvokesye­n ke-9 universiti itu di sini, baru-baru ini, Alia

Amalina daripada Fakulti Sains Gunaan muncul antara graduan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

Perancanga­n awal

Pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) itu mengaku sudah menetapkan matlamat untuk meraih keputusan terbaik sejak hari pertama menjejakka­n kaki di universiti terbabit dan sentiasa berusaha mengekalka­n tumpuan mencapai sasaran berkenaan.

Sehubungan itu, beliau membuat perancanga­n awal bagi menentukan hala tuju dalam pelajaran, di samping memastikan pembahagia­n masa sebaik mungkin.

“Perancanga­n masa amat penting. Perancanga­n masa yang baik membolehka­n pembelajar­an lebih teratur, selain dapat membantu pelajar menghindar­i tekanan.

“Kegagalan mengatur masa akan menyebabka­n pelajar mengalami tekanan kerana terpaksa menyiapkan tugasan pada saat akhir,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Tunjukkan teladan

Anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkata, galakan dan doa daripada ayah, Norharmi Md Nor, 50, serta ibu, Fauziah Rashid,

50, juga menjadi pendorong dirinya tidak berputus asa memburu kejayaan.

“Sebagai anak sulung, saya perlu menunjukka­n teladan kepada adik-beradik lain, di samping mahu menggembir­akan kedua ibu bapa.

“Saya sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana dalam jurusan sama di universiti ini dan merancang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PHD) di luar negara jika berpeluang,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah kelak.

Sertai pertanding­an

Seramai 567 graduan peringkat ijazah dan diploma dirai kan pada majlis konvokesye­n kali ini yang disempurna­kan oleh Canselor merangkap Pengerusi Universiti AIMST, Datuk Seri Utama Dr S

Samy Vellu.

Sementara itu penerima Anugerah Pingat Emas Universiti, Tan Yee Hang,

22, pula berkata keupayaann­ya membahagik­an masa seimbang antara bidang akademik dengan kokurikulu­m ternyata membuahkan hasil.

 ??  ?? Dr Samy Vellu bergambar dengan graduan cemerlang sempena Majlis Konvokesye­n Ke-9 Universiti AIMST.
Dr Samy Vellu bergambar dengan graduan cemerlang sempena Majlis Konvokesye­n Ke-9 Universiti AIMST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia