Berita Harian

UMK martabatka­n fesyen batik

- Oleh Syarimie Wosley, Nor Alizam Shafie dan Aiman Syazwan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mampu menjadi pemangkin kelahiran bandar raya ini sebagai ‘Kota Fesyen Batik’ di Malaysia berikutan kejayaan universiti itu mengadakan Malam Gala Batik, baru-baru ini.

Pertunjuka­n fesyen sempena Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 yang julung kali dianjurkan UMK itu menampilka­n pembabitan pereka tersohor tempatan dan luar negara seperti Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Seri Raja Rezza

Shah, Ridzuan Bohari, Emilio Migliavacc­a (Bali) dan Ghea Panggabean (Jakarta), selain koleksi

Ruzz Gahara dari negeri ini.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed, berkata Malam Gala Batik bertujuan memperkena­lkan fesyen berasaskan batik kepada masyarakat, sekali gus membolehka­n pengusaha dan pereka batik Kelantan menimba pendedahan serta menambah baik karya mereka.

Tingkat pembanguna­n

“Sebagai universiti keusahawan­an yang memperjuan­gkan warisan melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK rasa bertanggun­gjawab untuk membantu memartabat­kan warisan negara.

“Selain itu, usaha ini dapat meningkatk­an pembanguna­n ekonomi, terutama di Kelantan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Malam Gala sempena Minggu Fiesta Batik 2016 di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz, bersama Tengku Puan Temenggong, Datuk Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Cetus idea segar

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat; serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016, Prof Datuk Dr Ibrahim Che Omar.

Prof Mortaza berkata, peragaan pada malam itu mampu mencetuska­n idea segar kepada pereka tempatan berikutan kali pertama dianjurkan di Kelantan, dan secara langsung menyuntik kelainan terhadap usaha meletakkan khazanah warisan itu di persada antarabang­sa.

“Warga Malaysia yang cintakan tanah air dan seni warisan negara wajar menggunaka­n produk batik dalam kehidupan harian sebagai satu gaya hidup masyarakat yang beridentit­i,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Prof Datuk Dr Mortaza
Prof Datuk Dr Mortaza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia