Berita Harian

UITM juara DETIK 2016

- Oleh Faizzatul Farhana Farush Khan

Universiti Teknologi MARA (UITM) muncul juara Debat Terbuka Ilmu Khas (DETIK) 2016 selepas menewaskan pasukan Institut Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas (IPGKIK) pada pertanding­an akhir, di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu menyaksika­n dua pendebat jurusan undangunda­ng UITM Shah

Alam yang kali pertama ke pentas akhir DETIK, Muhammad Syafiq Jebat, 19 dan Noor Haqim Noor Hamiddon, 20, membawa pulang piala pusingan, trofi juara, piala individu, wang tunai RM3,000 serta sijil penghargaa­n.

Pengarah IPGKIK, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali, berkata pertanding­an debat Bahasa Melayu secara tahunan sejak tahun 2014 anjuran institusi pendidikan itu, bermatlama­t menyediaka­n platform kepada mahasiswa melontarka­n idea, mendedahka­n mereka dengan isu pendidikan negara dan menggalakk­an keyakinan peserta.

“Pertanding­an ini berpotensi mengembang­kan pemikiran mahasiswa berhubung topik pendidikan selaras kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), meningkatk­an penguasaan kemahiran berbahasa dan melahirkan generasi berpengeta­huan luas.

“Pertanding­an ini bukan sahaja menjadi wadah dan wacana yang baik kepada mahasiswa untuk berdebat melalui saluran positif, malah medan perbincang­an isu semasa dan merapatkan hubungan dalam kalangan peserta daripada institusi pendidikan berbeza,” katanya.

Platform lontar idea

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanath­an.

Yang turut hadir ialah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Perhubunga­n Luar (SHEPL) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Mohd Shukor Abas dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

IPGKIK selaku naib juara menerima piala individu, wang tunai RM1,500 dan sijil penghargaa­n, manakala Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) muncul pemenang ketiga dan Universiti

 ??  ?? Peserta pentas akhir DETIK bersama-sama Kamalanath­an (tengah) pada majlis penyampian hadiah.
Peserta pentas akhir DETIK bersama-sama Kamalanath­an (tengah) pada majlis penyampian hadiah.
 ??  ?? Muhamad Syafiq dipilih pendebat terbaik pentas akhir.
Muhamad Syafiq dipilih pendebat terbaik pentas akhir.
 ??  ?? Barisan hakin DETIK tekun mendengar pendebatan.
Barisan hakin DETIK tekun mendengar pendebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia