Berita Harian

Impian jadi pegawai diplomatik

- Oleh Siti Syahirah Mohamad Suhaimi

Terpilih menganggot­ai Delegasi Belia Malaysia ke Konvensyen Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) 2015, merupakan antara pencapaian cukup bermakna untuk Mohammad Shakirin Shahrul Jamal, 20.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Sunway itu berkata, konvensyen terbabit yang berlangsun­g di Paris membuka ruang untuk beliau bersama peserta lain dari seluruh dunia menyumbang ke arah usaha membawa perubahan positif terhadap iklim dunia.

Pada program itu, beliau berkata, mereka membincang­kan isu perubahan iklim, selain berjuang agar kadar kenaikan suhu global tidak melebihi dua darjah Celsius atau lebih baik hanya 1.5 darjah Celsius.

Semarakkan semangat

“Banyak yang saya pelajari sepanjang konvensyen itu berlangsun­g, termasuk cara pegawai diplomatik sesebuah negara bertugas pada acara Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

“Ini sekali gus menarik minat saya untuk menjadi pegawai diplomatik atau duta besar Malaysia kelak. Tambahan pula, saya pernah terbabit dalam program pertukaran pelajar selama lima bulan di Amerika Syarikat (AS).

“Ketika berada di AS, saya banyak melakukan pembentang­an mengenai Malaysia yang secara langsung menyemarak­kan lagi semangat diri untuk menjadi Duta Besar Malaysia,” katanya.

Duta besar

Mohammad Shakirin Shahrul yang diumumkan sebagai antara penerima biasiswa Universiti Sunway-bh, baru-baru ini, turut menyimpan impian untuk memartabat­kan lagi nama Malaysia di persada antarabang­sa melalui peranan sebagai duta besar kelak.

Walaupun menyedari cabaran dihadapi pegawai diplomatik atau duta besar bukanlah calangcala­ng, beliau mengaku bersedia menanganin­ya demi berbakti kepada negara tercinta.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohammad Shakirin Shahrul (kiri) bersama anggota Delegasi Belia Malaysia dan Australia pada UNFCC 2015.
Mohammad Shakirin Shahrul (kiri) bersama anggota Delegasi Belia Malaysia dan Australia pada UNFCC 2015.
 ??  ?? Mohammad Shakirin Shahrul sebagai pembantu pengajar untuk Harvard University Teaching Fellows.
Mohammad Shakirin Shahrul sebagai pembantu pengajar untuk Harvard University Teaching Fellows.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia