Berita Harian

Karnival futsal semarak semangat kesukanan

- Oleh Adha Ghazali

Bertepatan sambutan meriah Hari Sukan Negara 2016, Institut Teknologi ANS (ANS) selaku Pusat Pembelajar­an Wilayah Universiti Antarabang­sa UNITAR (UNITAR) mengambil inisiatif menganjurk­an karnival futsal terbuka, baru-baru ini.

Selain ANS Johor Bahru selaku tuan rumah, karnival sehari yang menyaksika­n saingan 24 pasukan itu turut dimeriahka­n ANS Alor Setar dan Kota Bharu, UNITAR Kelana Jaya serta beberapa peserta luar dari sekitar Johor Bahru.

Pengurus ANS Johor Bahru, Khairul Safinaz Arsib, berkata di samping menyokong agenda Hari Sukan Negara, penganjura­n karnival futsal itu bertujuan menyemarak­kan semangat kesukanan dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan generasi (Gen) Y kini.

“ANS mahu melahirkan pelajar lebih berdaya saing bukan sahaja dalam sukan, malah sebarang bidang diceburi supaya menjadi yang terbaik.

Perubahan sikap

“Kita khuatir melihat sebahagian Gen Y hari ini kurang fokus terhadap perancanga­n masa depan dan mudah mengalah berdepan cabaran.

“Sehubungan itu, program sebegini dapat menjadi suatu proses atau mekanisme untuk membentuk perubahan sikap mereka,” katanya ketika ditemui pada karnival berkenaan.

Yang turut hadir ialahketua­pegawai Eksekutif (CEO) ANS merangkap Pengurus Pusat Pembelajar­an Wilayah UNITAR Alor Setar, Mohd Nasir Idris.

Khairul Safinaz berkata, ANS sangat komited membantu pembentuka­n jati diri secara berterusan melalui pelbagai usaha seperti pelaksanaa­n program khidmat masyarakat, bimbingan kerjaya dan pembanguna­n intelek serta akhlak.

Sementara itu peserta, Muhammad Mubasshir Mohd Nasir, menyifatka­n program berkenaan sebagai amat bagus dan perlu diteruskan pada masadepank­erana membolehka­n pelajar bersaing secara sihat serta mengamalka­n kerjasama berpasukan.

Pengambila­n dibuka

“Kami turut belajar mengurus emosi dan mengawal tekanan ketika bertanding. Pendedahan ini amat membantu, terutama apabila kami memasuki pasaran kerjaya dan menghadapi keadaan lebih mencabar kelak,” katanya yang juga pelajar Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) di ANS Alor Setar.

Sementara itu, sesi pengambila­n ANS bagi program UNITAR masih dibuka hingga 23 Oktober ini dengan tawaran pendaftara­n serendah RM50 dan biasiswa hingga RM3,000 disediakan bagi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pembelajar­an Wilayah UNITAR Alor Setar melalui talian 04-731 4305, selain Johor Bahru (07-223 2178) dan Kota Bharu (09-743 3394).

 ??  ?? Peserta yang memeriahka­n Karnival Futsal Terbuka ANS Johor Bahru.
Peserta yang memeriahka­n Karnival Futsal Terbuka ANS Johor Bahru.
 ??  ?? Penganjura­n karnival futsal menyemarak­kan semangat kesukanan.
Penganjura­n karnival futsal menyemarak­kan semangat kesukanan.
 ??  ?? Inisiatif ANS memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan Gen Y.
Inisiatif ANS memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan Gen Y.
 ??  ?? Antara aksi menarik pasukan yang bertanding.
Antara aksi menarik pasukan yang bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia