Berita Harian

Bergilir tak ke sekolah urus ibu bapa terlantar

Dua beradik berkorban sejak tiga bulan lalu selepas keluarga terbabit kemalangan

- Oleh Safuri Kamarudin

Mohd Fitri (kiri) dan Mohd Farid Irwan (tiga dari kiri) bersama dua adik, Mohd Fahrin Akimi (kanan) dan Mohd Fawwaz Azeem membantu bapa mereka Azman Yaakob yang terlantar sakit di Kampung Charok Kelian, Pulai. Ibu mereka, Juliana Khazali dan Azman cedera selepas motosikal mereka terbabas dan jatuh dalam parit ketika pulang dari klinik, baru-baru ini.

Dua beradik dari Kampung Charok Kelian, dekat Pulai di sini, berkorban bergilir tidak hadir ke sekolah bagi menjaga ibu bapa mereka yang terlantar sejak tiga bulan lalu selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Mohd Fitri Azman, 17 dan adiknya, Mohd Farid Irwan, 14, masingmasi­ng pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera, terpaksa berbuat demikian kerana ibu, Juliana Khazali, 42 dan bapa, Azman Yaakob, 47, memerlukan penjagaan rapi 24 jam sehari.

Selain bergilir mengambil tanggungja­wab menjaga dan menguruska­n rutin serta keperluan harian ibu dan bapa, Mohd Firti dan Mohd Farid juga terpaksa memastikan kesan luka akibat kemalangan sentiasa dicuci dan dijaga untuk mengelak jangkitan.

Pikul tanggungja­wab

Mohd Fitri yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mengakui terpaksa memilih untuk ponteng sekolah bagi memikul sepenuhnya tanggungja­wab sebagai ketua keluarga bersama Farid, kerana dua lagi adik mereka Mohd Fahrin Hakimi, 11 dan Mohd Fawwad Azim, 7, masih di sekolah rendah.

Katanya, selepas ibu bapanya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja keadaan hidup keluarga mereka terjejas, namun bernasib baik kerana nenek mereka, Jamaliah Mahamud, 60, membantu menguruska­n makan minum setiap hari.

“Saya bukan sengaja nak ponteng sekolah, tetapi saya tiada pilihan lain dan terpaksa bergilirgi­lir dengan adik untuk pastikan ada orang jaga emak dan ayah setiap masa.

“Walaupun tidak ke sekolah saya tetap mengulang kaji pelajaran demi masa depan... saya dan Fitri tak mahu ganggu persekolah­an dua lagi adik kami sebab mereka masih lagi di sekolah rendah dan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Asam Jawa,” katanya.

Terdahulu, Guru Besar SK Asam Jawa, Mohd Zahari Abdul Majid, bersama Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Adnan Yahya dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Baling, M Ravi, melawat kediaman keluarga malang itu sebelum menyampaik­an sumbangan.

Azman dan Juliana terbabit kemalangan selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke parit di Jalan Sungai Limauparit Panjang, dekat sini, ketika pulang daripada mengambil ubat di klinik di pekan Kupang, di sini.

 ?? [ SAFURI KAMARUDIN/ BH ] ??
[ SAFURI KAMARUDIN/ BH ]
 ??  ?? Mohd Fitri (kanan) dan Mohd Farid Irwan (tiga dari kanan) membantu ibu mereka yang terlantar di Kampung Charok Kelian, Pulai. Turut kelihatan bapa mereka, Azman Yaakob (tiga dari kiri) dan adik-adiknya Mohd Fahrin Akimi (dua dari kiri) dan Mohd Fawwaz...
Mohd Fitri (kanan) dan Mohd Farid Irwan (tiga dari kanan) membantu ibu mereka yang terlantar di Kampung Charok Kelian, Pulai. Turut kelihatan bapa mereka, Azman Yaakob (tiga dari kiri) dan adik-adiknya Mohd Fahrin Akimi (dua dari kiri) dan Mohd Fawwaz...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia