Berita Harian

Dr Vida kena dakwa

Usahawan kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida akan didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan kesalahan berkaitan Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) 2014.

Difahamkan, Vida akan didakwa mengikut akta itu bagi tiga kesalahan, iaitu lewat membuat pendaftara­n, gagal mengemuka penyata GST dan gagal membayar cukai itu.

Semua kesalahan itu dipercayai membabitka­n jumlah cukai yang tidak dijelaskan berjumlah hampir RM4 juta.

Tak dimaklum secara rasmi

Sumber rapat dengan jutawan kosmetik itu memaklumka­n syarikat Vida Beauty sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), namun belum menjelaska­n cukai GST.

Bagaimanap­un, katanya Vida kecewa kerana tidak dimaklumka­n secara rasmi oleh JKDM yang dia akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

“Vida mendakwa kes itu berlaku kerana masalah teknikal dan salah faham,” katanya.

Vida menjadi popular kerana banyak terbabit dalam tajaan program berbentuk realiti televisyen iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Gegar Vaganza, selain menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Beliau yang juga pemilik produk kecantikan Pamoga dan Qu Puteh, dijangka berhadapan lebih 10 pertuduhan.

Sementara itu, sumber Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata, jutawan wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 184 Akta GST 2014 kerana lewat mendaftar, Seksyen 41(6) atas tuduhan gagal mengemukak­an penyata dan Seksyen 46 kerana gagal membayar cukai berkenaan.

“Semua kesalahan itu dipercayai membabitka­n jumlah cukai yang tidak dijelaskan berjumlah hampir RM4 juta,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 ??  ??
 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Datuk Seri Vida dijangka didakwa bagi tiga kesalahan.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Datuk Seri Vida dijangka didakwa bagi tiga kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia