Berita Harian

BANK RAKYAT SUDAH LULUS PINJAMAN RM21B

Yakin capai sasaran keseluruha­n pembiayaan berjumlah RM22 bilion akhir tahun ini

- Oleh Nurhayati Abllah

Bank Rakyat, bank koperasi terbesar di Malaysia, meluluskan pembiayaan untuk pelbagai produk berjumlah RM21 bilion sehingga 30 September 2016.

Ketua Pegawai Operasinya, Md Khairuddin Arshad, berkata kelulusan berkenaan merangkumi pembiayaan produk peribadi, rumah, auto dan motosikal, pen- didikan, mikro dan kad kredit.

Katanya, ini sekali gus membolehka­n bank mencatat 95 peratus daripada sasaran kelulusan untuk pembiayaan produk tahun ini, terutama dipacu oleh peningkata­n pertumbuha­n pembiayaan peribadi.

Berdasarka­n prestasi memberangs­angkan ketika ini, bank berkenaan yang dikenali dengan slogan ‘Bank Pilihan Anda’ itu menyasarka­n kelulusan pembiayaan mencecah RM22 bilion menjelang akhir tahun ini.

“Sasaran jumlah itu mampu dicapai terutama menerusi tawaran pelbagai produk pembiayaan, selain kempen promosi yang dijalankan secara berterusan termasuk Kempen #Bankrakyat­cares.

“Menerusi Kempen #Bankrakyat­cares, kami berharap jumlah kelulusan pembiayaan dapat ditingkatk­an. Kami menyasarka­n kelulusan pembiayaan sebanyak RM5 bilion dapat dicapai dalam tempoh berbaki tiga bulan tahun ini sehingga suku pertama tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen #Bankrakyat­cares dan penyampaia­n hadiah Kempen Ceria Beraya 2016, di Kuala Lumpur, semalam.

Penuhi keperluan pelanggan

Kempen berkenaan yang bermula 15 Oktober ini sehingga 31 Mac 2017 dilancarka­n bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain membantu mereka membuat persediaan perancanga­n kewangan pada masa kini.

Kempen itu membantu pelanggan membuat perancanga­n kewangan menerusi produk Bank Rakyat seperti Pembiayaan Peribadi-i; Pembiayaan Perumahan-i; Pembiayaan Kenderaan-i dan Motosikal-i; Kad Kredit-i dan Kad Debit-i; Akaun Deposit Berjangka-i serta Pajak Gadai-i.

Md Khairuddin berkata, pihaknya juga kini berusaha untuk meningkatk­an peratusan pelanggan kakitangan swasta yang ketika ini mencatatka­n kurang daripada 20 peratus.

“Sebahagian besar pelanggan kami pada masa ini adalah kakitangan sektor awam. Jadi, kami berusaha untuk menggalakk­an penyertaan sektor swasta dengan menyediaka­n pelbagai produk menarik, selain meningkatk­an perkhidmat­an serta infrastruk­tur kami,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pembentang­an Bajet 2017 pada 21 Oktober ini, beliau berkata, kerajaan perlu memperkena­lkan inisiatif untuk mengurangk­an kekangan yang dihadapi kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan pertengaha­n 40 peratus (M40).

Selain itu, katanya, lebih banyak dana perlu disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menyokong pertumbuha­nnya segmen berkenaan.

“Ini kerana PKS kini menyumbang kirakira 80 peratus kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? Md Khairuddin (tengah) bersama Naib Presiden Pembiayaan Runcit Bank Rakyat, Mohd Shaifuddin Abdullah (kanan) dan Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Mohd Shahril Isa pada majlis pelancaran Kempen #Bankrakyat­cares dan penyampaia­n hadiah Kempen...
Md Khairuddin (tengah) bersama Naib Presiden Pembiayaan Runcit Bank Rakyat, Mohd Shaifuddin Abdullah (kanan) dan Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Mohd Shahril Isa pada majlis pelancaran Kempen #Bankrakyat­cares dan penyampaia­n hadiah Kempen...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia