Berita Harian

UMNO kekang amalan politik kebencian

-

Kepala Batas: UMNO akan berusaha mengekang amalan politik kebencian dengan memperting­katkan perjumpaan bersama ahli akar umbi melalui siri penerangan yang diadakan di seluruh negara.

Ketua Penerangan­nya, Tan Sri Annuar Musa, berkata politik kebencian umpama suatu jenayah berat yang mampu menggugat dan meruntuhka­n negara, jika tidak dihalang dari awal.

Katanya, bagi meredakan kebencian rakyat terhadap pelbagai isu dalam negara, semua pemimpin politik daripada UMNO, Gerakan, MCA dan MIC perlu lebih kerap turun padang bertemu ahli di peringkat akar umbi.

Minta ahli turun padang

“Kita tidak lagi boleh duduk diam dan melihat orang lain menyebarka­n berita di media sosial dan bekerjasam­a dengan media asing untuk menjatuhka­n kepemimpin­an negara.

“Saya minta semua pihak, terutama Barisan Nasional (BN) dan parti komponen bekerjasam­a untuk turun padang dan mendekati rakyat dengan mengadakan program penerangan secara berterusan,” katanya selepas merasmikan Himpunan Jentera Penerangan UMNO Pulau Pinang, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lebih 500 ahli UMNO dari seluruh negeri ini hadir bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu semasa negara bagi disampaika­n kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Anuar berkata, pihaknya juga bakal memperkena­lkan laman web ‘Malaysia4a­ll’ bagi menangkis setiap tohmahan dan serangan politik kebencian disebarkan pihak lawan.

“Laman web ini dianggap kaedah terbaik bagi membolehka­n ahli UMNO mendapat fakta sebenar mengenai sesuatu isu berbanding mempercaya­i sumber yang datang dari luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia