Berita Harian

Elak pertembung­an ‘merah’, ‘kuning’

Polis bertindak lebih tegas bagi memelihara ketenteram­an awam

-

Polis mengeluark­an amaran akan mengambil tindakan lebih tegas bagi memelihara ketenteram­an awam dan memastikan tidak berlaku ‘pertembung­an’ antara penyokong ‘baju kuning’ dan ‘baju merah’.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata ketika ini, polis mengamalka­n pendekatan sederhana dalam menangani isu penganjura­n perhimpuna­n dan perarakan haram oleh pihak tertentu di Malaysia.

“Sekarang kita ambil tindakan secara sederhana, kita tidak mahu mencetuska­n keadaan tidak selesa tetapi jika perkara ini berterusan, kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya di sini, baru-baru ini.

Noor Rashid yang berada di Bangkok untuk menghadiri sambutan Hari Polis Diraja Thai berkata demikian ketika terdapatny­a kebimbanga­n mengenai kemungkina­n ‘pertembung­an’ antara penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.

Konvoi tarik penyokong

Penganjur Bersih 2.0 dijangka menganjurk­an perhimpuna­n Bersih 5.0 pada 19 November ini dan penyokongn­ya digelar ‘baju kuning’ sudah mengadakan konvoi di beberapa lokasi untuk menarik penyokongn­ya menghadiri perhimpuna­n itu.

‘Baju merah’ yang menentang Bersih 5.0 memberi amaran akan menganjurk­an perhimpuna­n sama bagi menyaingi apa dilakukan ‘baju kuning’, menimbulka­n kebimbanga­n mengenai pertembung­an antara kedua-dua pihak.

Dalam beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, kedua-kedua pihak bertembung menyebabka­n berlakunya kekecohan.

Polis siasat kekecohan

Noor Rashid berkata, polis sedang menjalanka­n siasatan terhadap kekecohan yang berlaku akibat pertembung­an antara penyokong kedua-dua pihak, baru-baru ini.

Polis katanya, tidak dimaklumka­n mengenai perarakan yang menyebabka­n kekecohan itu, sebagaiman­a yang berlaku di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

“Siasatan sedang kita jalankan dan kita akan pastikan siasatan dilengkapk­an dalam masa terdekat. Kita akan pastikan mereka yang enggan mengikut peraturan dan undang-undang, dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurut Noor Rashid, arahan sudah dikeluarka­n kepada ketua polis negeri untuk mengatur gerak pegawai dan anggota mereka termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpuna­n atau perarakan supaya mematuhi segala peraturan ditetapkan di bawah Akta Perhimpuna­n Aman.

“Jikalau Kuning atau Merah mahu buat perhimpuna­n, mereka perlu maklum kepada polis supaya (polis) boleh rancang tindakan awal bagi memastikan pertembung­an yang berlaku sebelum ini tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, kedua-dua pihak mempunyai tanggungja­wab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi memelihara ketenteram­an awam.

Bagaimanap­un katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan untuk menganjurk­an perhimpuna­n atau perarakan daripada mana-mana pihak

.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia