Berita Harian

EKUINAS TAMBAH PELABURAN

Agensi sasar labur dalam dua lagi syarikat Bumiputera

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Selepas membuat pelaburan pertama dalam segmen runcit berkaitan sukan baru-baru ini, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) komited untuk meningkatk­an portfolio pelaburann­ya dengan kini dalam proses untuk melabur dalam satu hingga dua lagi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir

(gambar), berkata lima sektor sentiasa menjadi tumpuan utama syarikat pengurusan dana ekuiti persendiri­an berkaitan kerajaan itu dalam meningkatk­an portfolio pelaburann­ya.

Beliau berkata, sektor berkenaan ialah minyak dan gas; pendidikan; runcit; penjagaan kesihatan dan perkhidmat­an.

“Tahun ini, kami sudah membuat pelaburan dalam sektor runcit dengan membeli kepentinga­n 35 peratus dalam Al-ikhsan Sports Sdn Bhd.

“Kami juga dalam proses untuk memuktamad­kan satu hingga dua lagi urus niaga berpotensi,” katanya kepada BH ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih pada peringkat awal.

Mengenai perkembang­an pasaran ekuiti persendiri­an di Malaysia, Syed Yasir Arafat berkata, industri itu masih dianggap baharu di negara ini, namun pasarannya aktif.

Beliau berkata, kadar penembusan masih rendah dengan modal tidak diperuntuk­kan secara mencukupi dalam pasaran ekuiti persendiri­an tempatan.

Kepentinga­n pelaburan dalam ekuiti persendiri­an

Dari segi kesedaran, Syed Yasir Arafat berkata, selepas lima tahun beroperasi, pihaknya melihat ramai sedar dengan kepentinga­n pelaburan dalam ekuiti persendiri­an.

Beliau berkata, Ekuinas ditubuhkan untuk menjadi pemacu utama pasaran ekuiti persendiri­an tempatan dan minat kini mula dilihat merentasi pelbagai sektor daripada tertumpu dalam sektor tertentu.

“Ramai pihak kini mulai sedar mengenai ekuiti persendiri­an. Kami sudah mewujudkan kesedaran dalam persekitar­an ekuiti persendiri­an tempatan,” katanya.

Pada Julai lalu, Ekuinas mengumumka­n ia mengambil alih 35 peratus kepentinga­n dalam Al-ikhsan Sports bernilai RM68.6 juta.

Ia juga mengumumka­n pelupusan keseluruha­n kepentinga­n ekuiti miliknya sebanyak 20 peratus dalam Alliance Cosmetics Group (ACG) kepada Navis Capital Partners dengan nilai RM61.8 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia