Berita Harian

CAJ TAK MUNASABAH

KPDNKK serbu pusat rawatan Islam di Melaka kenakan bayaran RM32,800

- Oleh Nor Hayati Zainudin bhnews@bh.com.my

Sebuah pusat rawatan Islam di sini, yang mengenakan caj berpuluh ribu ringgit kepada pesakitnya, diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) serta Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), semalam.

Ia susulan caj rawatan tinggi dikenakan pusat rawatan itu kepada seorang pesakitnya menerusi sekeping resit bertulisan tangan dengan kos keseluruha­n berjumlah RM32,800 bagi pelbagai jenis rawatan sehingga menjadi viral di media sosial, sejak Selasa lalu.

KPDNKK mengeluark­an notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan kepada pemilik pusat rawatan dan mengarahka­n beliau memberi penjelasan berhubung caj terlalu tinggi dikenakan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Hamzah Mahadi, berkata pemeriksaa­n di premis terbabit mendapati senarai harga rawatan ada disediakan.

Bayaran ikut kemampuan

“Berdasarka­n maklumat, harga dinyatakan tidak semestinya dibayar mengikut kemampuan pesakit, sebaliknya caj dikenakan dengan persetujua­n bersama.

“Bagaimanap­un, kita mengeluark­an notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan itu kerana mahu penjelasan daripada pengusaha pusat rawatan Islam itu mengapa caj dikenakan terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Antara rawatan didakwa dicaj pada resit itu ialah masalah urat saraf dengan caj rawatan RM10,000, buah pinggang bengkak (RM10,000), kencing manis (RM5,000), masalah alat sulit wanita senget (RM4,300), santau patung berjasad (RM2,600) dan mandian sunah tutup aurat (RM900).

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidik­an JAIM, Ameil Firdaus Razali, pula berkata rawatan menggunaka­n ayat alquran di pusat rawatan itu tidak bercanggah dengan amalan Islam.

Bagaimanap­un, tindakan pusat rawatan itu mengenakan caj terlalu tinggi menimbulka­n kekeliruan orang ramai kerana rawatan Islam biasanya tidak menetapkan harga bayaran.

“Jadi, kita akan panggil pengusaha pusat rawatan Islam itu datang ke JAIM dengan segera untuk mendengar penjelasan­nya berhubung caj tinggi dikenakan kepada pesakit,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 43 tahun yang didakwa pemilik pusat rawatan Islam itu berkata, jumlah bayaran pada resit diberi kepada pesakit itu bukan kos sebenar.

“Bayaran mengikut kemampuan pesakit, malah ada pesakit yang sehingga kini tidak membayar langsung kos rawatan,” katanya yang mendakwa mempelajar­i ilmu rawatan daripada seorang guru agama di Riau, Indonesia sejak 1990-an.

 ??  ?? Invois rawatan berjumlah RM32,800 dikenakan sebuah pusat rawatan Islam di Jasin menjadi viral di media sosial.
Invois rawatan berjumlah RM32,800 dikenakan sebuah pusat rawatan Islam di Jasin menjadi viral di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia