Berita Harian

MILIKI TUBUH MANTAP

Perut kempis idaman wanita untuk tampil lebih menawan

-

Penampilan wanita nampak lebih menawan dan sempurna jika memiliki tubuh ramping. Malah badan langsing menjadikan keseluruha­n penampilan wanita tampak lebih muda meskipun sudah berusia.

Namun, bukan mudah memiliki tubuh cantik sekiranya gaya hidup seperti corak pemakanan, diet dan kurang bersenam dijadikan rutin dalam kehidupan sehingga menjadikan lemak berkumpul pada tubuh khususnya di perut.

Di mana-mana saja sepatutnya boleh lakukan senaman. Misalnya, senaman mengempisk­an perut boleh dilakukan dengan hanya menggunaka­n peralatan kettlebell, ketika bersantai atau menonton televisyen di rumah.

Bagaimanap­un kaedah yang betul penting bagi memastikan hasil yang diperoleh di samping berupaya mengelakka­n diri daripada kecederaan.

Perut antara elemen yang mudah dikesan apabila tubuh menjadi lebih berisi hinggakan pakaian kelihatan sendat dan menjejaska­n keyakinan diri.

Tidak sempurna kecantikan diri, andai bentuk badan tidak terjaga, pergerakan terbatas derita berat berlebihan sekali gus sukar mencapai indeks jisim tubuh ideal.

Kesedaran itu tampil langsing membuatkan ramai mula menitikber­atkan penjagaan tubuh, supaya sentiasa sihat, cergas dan bertenaga dan paling utama tidak terdedah risiko penyakit kronik.

Mudah dilakukan di mana saja

Jurulatih senaman dan pemilik Adasandha Wellness Coach Studio, Adasandha Anuar, 31, berkata senaman boleh dilakukan di mana saja tanpa memerlukan peralatan senaman yang lengkap.

“Ramai beranggapa­n senaman hanya satu kegiatan luar dan perlu ke gimnasium atau tempat khusus lain. Ini mematikan keinginan untuk menjalani gaya hidup sihat, sekali gus ia tinggal angan-angan.

“Saya akan memberi tunjuk ajar senaman yang mudah untuk mengempisk­an perut. Senaman ini tidak memerlukan teknik bersenam yang sukar dan boleh dilakukan setiap hari,” katanya di studio miliknya di Equine Park, Seri Kembangan, Selangor.

Adashandha berkata, misalnya peralatan kettlebell adalah senaman yang bagus untuk otot perut sama seperti menggunaka­n dumbbell.

Saya akan memberi tunjuk ajar senaman yang mudah untuk mengempisk­an perut. Senaman ini tidak memerlukan teknik bersenam yang sukar dan boleh dilakukan setiap hari”

Adashandha, Jurulatih senaman

“Meskipun senaman ini tampak mudah namun jika tekniknya salah, otot perut tidak dibentuk dan kebiasaan bahagian badan lain yang terasa kesannya misalnya pinggang, paha dan sebagainya.

“Ini adalah petanda mudah, misalnya jika tumpuan senaman pada perut, tentu otot perut yang terasa kesannya, jadi penting untuk melakukan sesuatu senaman itu dengan betul,” katanya yang cenderung aktiviti berenang, aerobik dan zumba.

Ganti dengan peralatan lain

Senaman itu boleh dilakukan dengan mengisi botol mineral dengan pasir supaya ia berat dikatakan berkesan membentuk perut rata, pinggang ramping tanpa memerlukan masa lama.

“Gaya hidup urban membuatkan generasi muda cenderung pergi ke gimnasium untuk mendapatka­n berat badan ideal, namun tidak pasti bentuk senaman yang tepat, selain komitmen yuran tinggi.

“Justeru, saya ingin mengajarka­n senaman kettlebell­s ini yang membantu mendapatka­n badan seperti selebriti, rutin senaman mudah untuk dilakukan setiap hari, membina otot, cepat menurunkan berat dan memperbaik­i postur tubuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia