Berita Harian

Parti wakili kaum India mesti bersatu di bawah MIC

Kerajaan sukar rancang usaha bantu komuniti secara inklusif jika tiada kerjasama strategik

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak menasihatk­an parti mewakili kaum India di negara ini mewujudkan kerjasama strategik dan berpayung di bawah satu parti, khasnya menerusi MIC.

Perdana Menteri berkata, kewujudan banyak parti mewakili kaum India menyukarka­n kerajaan merangka dan merancang usaha membantu komuniti berkenaan secara inklusif.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), beliau mahu melihat MIC menjadi parti yang kuat dan mampu menyatukan kaum India di bawah satu parti.

“Kalau terlalu banyak parti politik mewakili kaum India atau cuba mewakili kaum India, susah bagi kita, susah bagi saya. Maknanya, semua (kaum India) kena bersatu.

Bincang bersama

“Runding dengan IPF (Parti Barisan Kemajuan India Se-malaysia), MIUP (Parti India Bersatu Malaysia) dengan Makkal Sakhti. Bincang bersama,” katanya ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC Ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramania­m dan timbalanny­a, Datuk Seri SK Devamany.

Perdana Menteri berkata, penyatuan parti kaum India itu penting kerana apabila tiba pilihan raya umum (PRU) nanti, seluruh parti terbabit dapat memberi sokongan penuh kepada calon BN, sekali gus memberi kemenangan kepada BN.

Selesai pelbagai isu

Sementara itu Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melancarka­n Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kaum India pada Januari depan bagi membantu menyelesai­kan pelbagai isu dan masalah dihadapi kaum itu.

Sementara itu, Dr Subramania­m berkata, MIC bersikap terbuka kepada mana-mana parti berasaskan kaum India yang mahu menjalin kerjasama dengan parti itu demi menjaga kepentinga­n dan kebajikan kaum berkenaan.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Najib bersalaman dengan Dr Subramania­m ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC Ke-70 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Najib bersalaman dengan Dr Subramania­m ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung MIC Ke-70 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia