Berita Harian

Modul khas kursus kahwin elak gejala negatif: Mufti

-

Kota Bharu: Kursus perkahwina­n lanjutan perlu diadakan kerana kursus yang adakan kini dilihat masih belum mencukupi untuk membantu pasangan suami isteri terutama generasi muda melayari alam rumah tangga.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata kursus itu perlu dilengkapi modul khas mengenali diri dan Tuhan yang boleh membantu semua generasi muda, bukan sahaja untuk yang bakal mendirikan rumah tangga.

“Sepatutnya generasi muda perlu dilengkapi dengan kursus pra dan selepas kahwin bagi membantu mereka untuk melayari alam rumah tangga dan mengenal diri.

Corakkan masa depan zuriat

“Ibu bapa boleh dianggap sebagai jurutera kepada anak yang bakal dilahirkan dan mencorakka­n masa depan zuriat mereka nanti,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gejala pembuangan bayi yang kerap terjadi kebelakang­an ini.

Dalam kes terbaru, satu janin ditemui di saluran kumbahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kelmarin oleh seorang kakitangan penyelengg­araan.

Mohamad Shukri berkata kemajuan teknologi yang pesat kebelakang­an ini banyak mempengaru­hi berlakunya gejala negatif, sekali gus menjadikan pegangan hidup manusia sekarang semakin rapuh.

“Perzinaan adalah perbuatan terkutuk. Apabila mengandung, gugur dan bunuh, mereka yang bersalah ini tidak kenal apa yang patut ditaati dan dijauhi.

“Saya menasihati kepada seluruh masyarakat, terutama ibu bapa supaya perlu ada sikap peduli untuk memantapka­n syariat dan akhlak anak masing-masing,” katanya.

Sepatutnya generasi muda perlu dilengkapi dengan kursus pra dan selepas kahwin bagi membantu mereka untuk melayari alam rumah tangga dan mengenal diri. Ibu bapa boleh dianggap sebagai jurutera kepada anak yang bakal dilahirkan dan mencorakka­n masa depan zuriat mereka nanti” Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia