Berita Harian

Dua beranak hidap barah dipertemuk­an

Hajat bapa bertemu anak dengan bekas isteri pertama tertunai

- Oleh Nadia Hamid nnadia@bh.com.my

Tangisan kegembiraa­n mengiringi pertemuan semula ayah dan anak sulungnya yang masing-masing sedang bertarung nyawa akibat menghidap barah usus dan barah hati, semalam.

Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, kini terlantar akibat menghidap barah usus tahap empat, kelmarin menyatakan hajat terakhir berjumpa anak dengan bekas isterinya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, pesakit barah hati yang ditemui kali terakhir kira-kira empat tahun lalu.

Isteri Mohd Raitul, Siti Norsyahira­h Abdullah, 23, berkata keadaan suaminya sangat tenat selepas membuat imbas tomografi berkompute­r (CT Scan) di Hospital Kuala Lumpur, dua minggu lalu.

Beliau berkata, sebelum ini suaminya dikesan menghidap barah tahap dua awal Jun, tahun lalu dan kembali bekerja selepas menjalani rawatan kemoterapi, Februari 2016.

Barah tahap empat

“Awalnya, Boy (Mohd Raithul) sudah kembali bekerja sebagai pemandu trafik KTM, Februari lalu. Pada Mei lalu, kami dapat berita mengejutka­n barahnya sudah di tahap empat dan turut merebak ke hati.

“Kami cuba teruskan rawatan di hospital kerajaan, tetapi tiada petunjuk positif dan dibenarkan pulang, semalam. Dalam tempoh berkenaan, Boy teringin jumpa anak dengan bekas isteri pertamanya segera,” katanya.

Beliau yang sarat mengandung anak pertama ditemui di Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini.

Semalam, ahli keluarga Mohd Raitul memuat naik status di laman sosial, Facebook memohon bantuan orang ramai mengesan anak dan bekas isteri pertama beliau bagi merealisas­ikan hajatnya.

Sementara itu, bekas isteri Mohd Raitul, Aida Kosma Ahmad Serbawi, berkata anak sulungnya sedih berjumpa bapa kandung yang kali terakhir ditemui empat tahun lalu sebelum mereka bercerai.

“Dia (Hakimi) yang menghidap barah hati pesan supaya daddy (Mohd Raitul) makan ubat dan doakan daddy selepas solat supaya cepat sembuh seperti dia. Kalau panjang umur, kami datang melawat lagi.

Keadaan Hakimi stabil

“Ketika ini, Hakimi berada dalam keadaan baik, tetapi masih lemah. Dia tidak boleh bersekolah lebih daripada empat jam kerana mudah penat, kurang stabil dan terdedah kuman yang berisiko mengganggu kesihatann­ya,” katanya.

Aida berkata, anak kedua perkongsia­n hidup dengan Boy, Aina Rayshah, 3, juga memerlukan perhatian rapi berikutan mengalami masalah psoriasis.

Ditanya bagaimana mengetahui hasrat Mohd Raitul ingin berjumpa, Aida yang kini menetap di Sabah berkata, perkara itu dimaklumka­n kenalan suami dan kebetulan, beliau mengikut suaminya bekerja di Semenanjun­g selama dua minggu.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Mohd Raitul menggengga­m erat tangan Muhammad Raykal Hakimi ketika dipertemuk­an di kediamanny­a di Kuarters KTMB, Bangsar, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Mohd Raitul menggengga­m erat tangan Muhammad Raykal Hakimi ketika dipertemuk­an di kediamanny­a di Kuarters KTMB, Bangsar, semalam.
 ??  ?? Siti Norsyahira­h mengelap tangan Mohd Raitul yang menghidap barah usus tahap empat.
Siti Norsyahira­h mengelap tangan Mohd Raitul yang menghidap barah usus tahap empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia