Berita Harian

Malaysia pastikan krisis Syria selesai segera

Usaha berterusan KL bantu kembalikan keamanan

-

Malaysia akan terus berusaha bagi memastikan pergolakan di Syria dapat diselesaik­an dengan segera, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam prihatin dengan apa yang berlaku di Syria, terutama pengeboman di Aleppo.

Katanya, walaupun Amerika Syarikat dan Russia masih berusaha melakukan rundingan, negara kuasa besar itu juga tidak yakin gencatan senjata dapat dicapai dalam tempoh terdekat.

“Sungguhpun begitu Malaysia akan tetap berusaha mencari titik pertemuan dan penyelesai­an agar rakyat Syria dapat nikmati kemakmuran semula,” katanya pada sidang media hari terakhir lawatan lima hari ke Arab Saudi, di sini semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, walaupun Kerajaan Syria ditentang oleh pembangkan­g, Malaysia rasa permasalah­an itu perlu selesaikan.

“Kita akan sentiasa menyokong usaha mengembali­kan keamanan di Syria,” katanya.

Terus suarakan pandangan

Ahmad Zahid berkata, pendirian itu sejajar dengan apa yang diketengah­kan Malaysia pada mesyuarat khas Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) di New York baru-baru ini.

“Kita rasa masalah di Syria perlu dimuktamad­kan segera. Malaysia akan terus suarakan pandangan agar konflik di negara itu dapat diselesaik­an,” katanya.

Mengenai pembanguna­n umat Islam sejagat, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan terus memberi sumbangan.

Misalnya dalam isu pelarian Syria, Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia tetap dengan pendirian untuk membawa masuk 3,000 penduduk negara itu yang kini berlindung di beberapa negara.

Bawa masuk 167 pelarian

Setakat ini Malaysia sudah membawa masuk 167 pelarian Syria yang ditempatka­n di sekitar Lembah Klang.

Mereka diberi penempatan dan pekerjaan serta kemudahan pendidikan untuk anak serta kesihatan. Ahmad Zahid berkata, dalam kalangan pelarian terbabit ada yang berstatus profesiona­l dan tenaga mahir, sekali gus kepakaran mereka akan dapat negara manfaatkan.

“Tahun depan saya akan ke Lubnan dan Jordan untuk membincang­kan usaha membawa masuk baki pelarian yang dibenarkan diambil Malaysia.

“Malah, saya juga akan berbincang dengan Turki untuk membawa pelarian Syria yang berlindung di negara itu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha membantu pelarian Syria turut membabitka­n 17 pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang antara lain memberi khidmat kaunseling kepada mereka terbabit.

Mengenai hasil lawatannya, Ahmad Zahid menyifatka­n ia berjaya kerana Malaysia dapat mempelajar­i beberapa pendekatan terutama dalam soal redikalisa­si, penempatan pendatang asing tanpa izin dan mengenai kepemimpin­an dan keusahawan­an.

Beliau turut menjunjung kasih atas layanan diberikan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-saud dan Putera Mahkota, Putera Mohammed Naif al-saud terutama kebenaran untuk beliau memasuki Kaabah.

Malaysia akan tetap berusaha mencari titik pertemuan dan penyelesai­an agar rakyat Syria dapat nikmati kemakmuran semula” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid memegang hajarulasw­ad selepas diberi peluang memasuki Kaabah pada lawatan rasmi ke Arab Saudi.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid memegang hajarulasw­ad selepas diberi peluang memasuki Kaabah pada lawatan rasmi ke Arab Saudi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia