Berita Harian

Pengarah dibebas tahanan reman

Siasatan masih dijalankan kerana ramai lagi akan dipanggil beri keterangan

- Oleh Mohd Nazllie Zainul bhnews@bh.com.my

Siasatan terhadap pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah berhubung kes salah laku agihan projek bernilai RM3.3 bilion, masih diteruskan walaupun suspek dibebaskan daripada tahanan reman, semalam.

Pengarah berusia 51 tahun itu dibebaskan jam 1 tengah hari semalam di hadapan Majistret Stephanie Sharron Abbie di lokap berpusat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Suspek dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM500,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Sumber SPRM memberitah­u, walaupun dibebaskan daripada reman, siasatan terhadapny­a masih dijalankan kerana ramai lagi saksi akan dipanggil memberi keterangan, selain mengumpul bahan bukti.

Kes dalam siasatan

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita memerlukan masa melengkapk­an penyiasata­n,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pengarah itu direman tujuh hari bermula 5 Oktober lalu untuk siasatan sebelum tempoh tahanan dilanjutka­n lima hari lagi berakhir semalam.

Tempoh reman terhadap empat lagi suspek termasuk timbalan pengarah jabatan berkaitan utiliti berkenaan dan bekas timbalan pengarah jabatan sama yang bersara tahun lalu, berakhir Selasa ini.

Dua lagi yang ditahan ialah abang kepada timbalan pengarah bergelar Datuk dan seorang akauntan.

Rakam percakapan 82 saksi

Setakat semalam, SPRM merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan ‘Ops Water’ membabitka­n ahli keluarga suspek, kakitangan agensi berkenaan dan kontraktor yang dipercayai terbabit dalam projek pembinaan infrastruk­tur asas dikendalik­an jabatan itu.

Kes rasuah membabitka­n pegawai kerajaan itu mengejutka­n negara kerana penahanan suspek membawa kepada penemuan wang tunai dan pelbagai aset lain berjumlah lebih RM180 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi mengesahka­n pembebasan pengarah berkenaan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 6 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 6 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia