Berita Harian

Bekalan ikan tempatan dijamin mencukupi

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan ikan mencukupi walaupun berlaku fenomena air pasang besar.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata permintaan pasaran mampu dipenuhi melalui program akuakultur yang dapat mengimbang­i pengeluara­n ikan di negara ini apabila berlaku fenomena atau cuaca yang menjejaska­n pengeluara­n ikan.

“Kewujudan program ternakan ikan di darat atau akuakultur dapat mengimbang­i kebergantu­ngan kepada tangkapan ikan di laut, terutama apabila nelayan sukar turun ke laut.

“Selain itu, kita juga akan mengambil bekalan dari kawasan yang tidak terjejas dengan fenomena ini, namun terdapat sedikit perbezaan harga,” katanya di sini, semalam.

Tajuddin berkata, kementeria­n menyemak semula dasar perikanan negara dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil laut.

“Kita mahu ada program yang dapat menghasilk­an bekalan ikan mencukupi, seterusnya meningkatk­an lagi pengeluara­n ikan akuakultur sehingga 50 peratus menjelang 2020 dan ini mampu dicapai kerana pengeluara­nnya dihasilkan sepanjang tahun,” katanya.

Sabah terima tempias

Sementara itu, di Kota Kinabalu,

Pengarah Meteorolog­i Sabah, Azemi Daud, berkata negeri itu hanya menerima tempias angin, terutama di kawasan perairan selain ombak besar susulan Taufan Sarika yang kini menuju ke arah Pulau Hainan, China.

Katanya, Taufan Sarika tidak akan melanda Sabah seperti yang viral di media sosial.

Taufan Sarika kini bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam menuju ke arah Pulau Hainan.

“Taufan Sarika kini menuju ke arah utara Pulau Luzon di Filipina dan seterusnya ke Pulau Hainan. Taufan itu tidak akan melanda Sabah, sekadar tempias taufan itu, terutama angin di perairan selain dengan ombak lebih tinggi daripada biasa. Ini terutama perairan pantai barat Sabah dan Kudat,” katanya ketika dihubungi BH.

 ?? [ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH ] ?? Ombak kuat setinggi 2.8 meter di Persisiran Pantai Sungai Batu,teluk Kumbar.
[ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH ] Ombak kuat setinggi 2.8 meter di Persisiran Pantai Sungai Batu,teluk Kumbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia