Berita Harian

SL1M pacu modal insan negara

Graduan cari peluang kerja pada program Temuduga Kerjaya

- Oleh S Anand Kumar anand@bh.com.my

Graduan berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Melbourne, Australia yang juga anak kelahiran Kluang, Johor sedikit pun tidak berasa kekok apabila hadir untuk mencuba nasib pada Program Temuduga Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).

Puteri Faten Fatihah Megad Mohd Nizar, 23, adalah antara 16,000 pengunjung yang menghadiri SL1M yang buat julung kali diadakan di Johor Bahru di sini, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada.

Mengakui terpaksa bersaing dengan ramai graduan dan juga peserta yang hadir pada program berkenaan, namun dengan tekad mahu berbakti di negara ini, anak muda itu tidak berputus asa menyerahka­n resume pada setiap syarikat yang hadir pada program SL1M itu.

Katanya, beliau langsung tidak menyangka akan terpilih untuk mengikuti latihan selama setahun dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Cari peluang pekerjaan

“Saya menamatkan pengajian pada Julai lalu dan memang berhasrat untuk mencari pekerjaan. Tidak sangka saya diterima oleh PNB dan berpeluang menjalani latihan selama setahun di sana,” katanya.

Puteri Faten Fatihah berkata, beliau berpendapa­t kemungkina­n berkemahir­an bahasa Inggeris dan juga keputusan akademik yang baik antara faktor menyebabka­n beliau terpilih untuk menjalani latihan di PNB.

“Apa pun, saya melihat SL1M sebagai satu usaha murni kerajaan dalam membantu graduan mendapatka­n pekerjaan dan juga latihan membabitka­n pelbagai peringkat kelulusan,” katanya.

Bagi graduan Diploma Pengurusan Pelanconga­n dari Politeknik Metro Kuantan, Nur Hidayah Mohd Yunus, 21, berkata beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri SL1M bagi mencari peluang pekerjaan.

“Saya difahamkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dan latihan daripada tahap kelulusan PMR hingga ijazah ke atas.

“Sedar terpaksa bersaing dengan ribuan graduan dan juga peserta lain, namun ia tidak melunturka­n semangat untuk saya mencuba menghantar resume kepada beberapa syarikat berkaitan sektor pelanconga­n,” katanya yang berasal dari Kota Tinggi.

Sementara itu, Penolong Pengurus Sumber Manusia AEGIS BPO Malaysia Sdn Bhd, Ivy Ng Tze Hui, berkata sepanjang berlangsun­gnya SL1M selama dua hari, pihaknya menerima lebih 340 permohonan daripada peserta bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan.

Tawar pelbagai jawatan

Katanya, antara jawatan kosong ditawarkan ialah perkhidmat­an pelanggan, sokongan teknikal, tele-pemasaran dan perunding pusat pelanconga­n.

“BPO Malaysia mula beroperasi di negara ini sejak 2014, malah kami juga beroperasi di sembilan negara dengan memiliki 44 pejabat dan hampir 44,000 kakitangan.

“Walaupun kita menawarkan latihan kepada pekerja baharu, pada proses temu duga kita turut memastikan setiap pemohon mampu berkomunik­asi baik dalam bahasa Inggeris, katanya.

Eksekutif Sumber Manusia Marrybrown Sdn Bhd, Azlinda Mohd Sharupi, berkata Program Geran Pekerjaan Iskandar Malaysia (IMEG) yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) turut memberi peluang kepada graduan mendapatka­n pekerjaan.

Katanya, secara tidak langsung, IMEG juga banyak membantu majikan khususnya dari segi faktor kewangan kerana 50 peratus dari gaji asas mereka yang terpilih dalam program itu akan dibayar oleh IRDA selama hampir enam bulan.

“Sejak program ini diperkenal­kan Mei lalu, kita sudah menerima hampir 50 permohonan dan daripada jumlah itu, lima pemohon sudah mendapat kelulusan IRDA bagi program IMEG,” katanya.

Saya menamatkan pengajian pada Julai lalu dan memang berhasrat untuk mencari pekerjaan” Puteri Faten Fatihah Megad Mohd Nizar, Graduan Saya difahamkan hampir 10,000 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan kepada graduan dari pelbagai peringkat kelulusan” Nur Hidayah Mohd Yunus, Graduan

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Antara graduan yang hadir pada Program Temuduga Kerjaya SL1M Peringkat Zon Selatan 2016, di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada, Johor Bahru.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Antara graduan yang hadir pada Program Temuduga Kerjaya SL1M Peringkat Zon Selatan 2016, di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada, Johor Bahru.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia