Berita Harian

Pemangkin pertumbuha­n ekonomi

-

Johor Bahru: Pertumbuha­n ekonomi yang semakin berkembang pesat dengan kehadiran lebih ramai pelabur khususnya dari luar negara menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan membabitka­n pelbagai sektor.

Sebagai kerajaan bertanggun­gjawab, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2011 melancarka­n Program Temuduga Kerjaya Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dalam usaha membantu graduan tempatan meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dalam mendapatka­n pekerjaan.

Bantu graduan cari pekerjaan

Sejak diperkenal­kan lima tahun yang lalu, SL1M berjaya membantu hampir 93,000 graduan dan fokus utama program berkenaan juga membantu graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan, terutama yang berasal dari keluarga berpendapa­tan rendah dan menetap di luar bandar.

Keberkesan­an program itu dapat dilihat apabila kira-kira 16,000 pengunjung tidak melepaskan peluang menghadiri SL1M peringkat zon selatan selama dua hari yang julung kali diadakan di Johor Bahru, barubaru ini.

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor pada 12 dan 13 Oktober lalu, membabitka­n penyertaan 120 syarikat yang menawarkan 10,000 peluang latihan dan pekerjaan kepada graduan dari pelbagai peringkat kelulusan.

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail, berkata walaupun program berkenaan pertama kali diadakan di Johor Bahru, namun ia mendapat sokongan yang cukup menggalakk­an daripada graduan dan juga peserta lain.

Terima sambutan hangat

“Kami tidak sangka pada hari pertama kehadiran yang dicatatkan hampir 8,000 orang begitu juga pada hari kedua.

“Ini menunjukka­n, pengunjung benar-benar mahu memastikan mereka tidak melepaskan peluang menghadiri SL1M supaya dapat mencari peluang pekerjaan atau pun latihan yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, bagi 2016, SL1M menutup tirainya di Johor Bahru dan sepanjang penganjura­nnya bermula dari Sabah, Terengganu, Sarawak, Labuan dan Kedah sokongan diterima cukup menggalakk­an.

Norashikin berkata, bagi 2017, SL1M dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada suku pertama tahun depan.

Kami tidak sangka pada hari pertama kehadiran yang dicatatkan hampir 8,000 orang begitu juga pada hari kedua” Norashikin Ismail, Ketua Sekretaria­t SL1M

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia