Berita Harian

Dataran Undergroun­d ibarat ‘kubur’

Plaza masih sunyi, belum ada usaha tarik perhatian pengunjung

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Kuala Lumpur

SAntara kedai yang dibuka ialah medan selera, runcit, cenderamat­a, gerai melukis inai dan pakaian. Seorang pelancong tempatan dari Johor, Mohd Azam Mohd Saleh, 59, berkata keadaan plaza berkenaan amat menyedihka­n kerana tempat itu sepatutnya menarik memandangk­an lokasinya di pusat pelanconga­n.

Kena buat sesuatu

Katanya, banyak premis ditutup dan ruang kosong sehingga menjadi satu pembaziran jika tidak melakukan sesuatu dengan membiarkan begitu saja.

“Saya kali pertama masuk dalam Dataran Undergroun­d kerana ingin membeli cenderamat­a untuk dibawa melancong ke Korea tidak lama lagi. Saya tidak tahu kewujudann­ya sehinggala­h melalui bahagian hadapan Muzium Sejarah Nasional dan Galeri Kuala Lumpur,” katanya.

Wujudkan aktiviti

Katanya, sekiranya ruang kosong itu diisi dengan aktiviti menarik seperti ruang untuk majlis perkahwina­n pasti ramai yang datang sekali gus mengetahui kewujudan plaza itu.

Kakitangan swasta, Muhd Amsyar Ramli, 24, berkata sepanjang membesar di ibu kota, beliau tidak pernah mengetahui kewujudan plaza berkenaan sehinggala­h mula menjejakka­n kaki baru-baru ini.

Katanya, niat mahu mengambil angin di kawasan Dataran Merdeka menyangkak­an plaza berkenaan mungkin seperti Central Market di pusat bandar.

“Namun sangkaan saya meleset apabila kecewa melihat plaza ini yang seolah-olah tidak bernafas. Kalau begini rupa keadaannya, orang yang datang mesti kecewa.

“Pihak berkenaan sepatutnya mengambil kesempatan untuk memperkena­lkan tempat ini di mata dunia. Mungkin perlu lebih banyak acara diadakan selain produk yang boleh menarik hati pelancong asing dan tempatan,” katanya.

Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Nurul Farhana Najwa Rafizi, 23, yang juga tidak pernah mengetahui kewujudan plaza berkenaan walaupun sering ke Dataran Merdeka, cuba mengunjung­i tempat itu selepas membaca laporan akhbar BH sebelum ini.

“Saya banyak kali datang ke Dataran Merdeka, namun tidak pernah sesekali menjejak kaki ke plaza ini. Namun, saya tergerak hati untuk meninjau keadaan tempat ini yang sunyi seperti mana dilaporkan BH.

“Nak tahu keadaan di plaza ini dan saya rasa ia sepatutnya tidak dibiarkan begitu saja. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menaikkan semula tempat ini sebagai kawasan kesenian dan kebudayaan,” katanya.

 ??  ?? Undergroun­d di Dataran Merdeka.
Undergroun­d di Dataran Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia