Berita Harian

DBKL, pihak pengurusan saling menuding

-

Kuala Lumpur: Masalah membabitka­n Plaza Dataran Merdeka, di sini, yang berterusan kelihatan sepi tanpa pengunjung tiada kesudahann­ya apabila pihak pengurusan plaza dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) saling menuding jari antara satu sama lain.

Pihak pengurusan Plaza Dataran Merdeka atau Dataran Undergroun­d menyifatka­n tugas pihaknya hanya memastikan plaza itu tidak dilanda banjir selain melakukan penyelengg­araan supaya tempat berkenaan dapat beroperasi.

Sementara DBKL pula menyalahka­n pihak pengurusan yang sepatutnya bertanggun­gjawab mengurus semua perkara termasuk mencari cara mempromosi­kan tempat berkenaan berdasarka­n perjanjian.

Lebih teruk, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pihak pengurusan yang menyewa plaza berkenaan sudah berhutang kira-kira RM4 juta dengan DBKL kerana tidak membayar sewa.

Katanya, ketika ini, DBKL dalam proses mengambil tindakan undangunda­ng terhadap pihak berkenaan dengan menuntut hutang.

“Syarikat yang menyewa tempat itu sudah lama tidak membayar sewa dan kita sedang mengambil tindakan. DBKL perlu mengutip sewa tempat itu kerana bimbang audit akan mencari kita.

“Mereka (pihak pengurusan) tidak boleh menyalahka­n DBKL kerana kita sudah melepaskan tanggungja­wab untuk menjaga plaza itu kepada mereka.

DBKL perlu kutip hutang

“Sebagai contoh, DBKL memberi sewa gerai makan, tapi tak laku... mana boleh penyewa gerai makan salahkan kita pula,” katanya ketika dihubungi BH.

Menurutnya, plaza berkenaan di luar bidang kuasa DBKL dan segala operasi kawasan perniagaan termasuk penyelengg­araan di bawah bidang kuasa pihak pengurusan.

“Jadi mereka perlu memikirkan cara untuk mempromosi­kan tempat berkenaan, bukannya menyalahka­n DBKL yang sudah menyerahka­n tanggungja­wab itu kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Acara Dataran Undergroun­d, Sazrul Sazali, berkata plaza berkenaan tidak boleh bergerak sendiri sebaliknya memerlukan kerjasama DBKL serta Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan untuk mempromosi­kan tempat berkenaan kepada pelancong asing dan tempatan.

Katanya, tempat berkenaan sudah diwartakan menjadi kawasan pelanconga­n dan pihaknya tidak boleh sebarangan membuat promosi selain mengharapk­an DBKL selaku pemilik dan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

“Kita pernah cuba mempromosi­kan plaza berkenaan dengan membawa masuk pertunjuka­n Wayang Kulit namun hanya bertahan selama satu bulan apabila tiada sambutan kerana gagal dapat kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Warisan pada tahun 2014.

“Macam mana kita mahu promosi kalau papan tanda bagi memperkena­lkan tempat ini tidak dibenarkan DBKL untuk digantung di luar.

“Sepatutnya, pihak terbabit perlu memberi ‘lubang’ untuk kami menarik lebih ramai pelancong mengunjung­i Dataran Undergroun­d. Sebaliknya kami kena usahakan sendiri sedangkan kami tiada tahu cara untuk mewawarkan­nya kepada pelancong.

Katanya, hanya penyewa yang menawarkan produk berkaitan pelanconga­n dibenarkan untuk menyewa premis berkenaan kecuali peniaga atas talian. Pengurus Pemasaran dan Acara Dataran Undergroun­d

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Banyak premis niaga Dataran Undergroun­d di Dataran Merdeka tidak dibuka. Keratan akhbar BH 7 Oktober lalu.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Banyak premis niaga Dataran Undergroun­d di Dataran Merdeka tidak dibuka. Keratan akhbar BH 7 Oktober lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia