Berita Harian

Dapatkan CITES elak guna orang tengah

Hanya 10 pengusaha aktif urusan import, eksport

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Hanya 58 daripada 200 pengusaha ikan arowana seluruh negara mempunyai perakuan Konvensyen Perdaganga­n Antarabang­sa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) bagi membolehka­n ikan hiasan itu dieksport ke pasaran antarabang­sa.

Daripada jumlah itu, hanya 10 pengusaha dikategori­kan sebagai aktif dalam urusan eksport dan import ikan hiasan itu, dengan dua daripadany­a pengusaha Bumiputera di Bukit Merah, yang juga pusat penternaka­n arowana berkelompo­k terbesar di dunia.

Keadaan itu menyebabka­n pengusaha Bumiputera terpaksa bergantung kepada orang tengah sekali gus mengehadka­n kemampuan jualan di pasaran tempatan dan antarabang­sa.

Setiausaha Persatuan Penternak Arowana Malaysia Utara (NMAFA), Sahibul Anwar Arba'e, memberitah­u BH pengusaha Bumiputera perlu mendapatka­n perakuan CITES yang berpangkal­an di Geneva bagi membolehka­n mereka berdaya saing dan tidak lagi bergantung kepada orang tengah atau peraih.

“NMAFA galak semua pengusaha arowana, khususnya pengusaha Bumiputera, mendapatka­n perakuan CITES. Kalau tiada bagaimana kita nak bercakap soal eksport ikan apatah lagi menangani isu orang tengah,” katanya.

BH semalam mendedahka­n mengenai pengusaha Bumiputera ikan arowana yang sebahagian besar berpusat di Bukit Merah, Perak, yang perniagaan mereka ‘nyawanyawa ikan’ dan sesetengah­nya ‘gulung tikar’ apabila harga merudum akibat manipulasi orang tengah.

Sebagai contoh, harga ikan arowana jenis Highback berukuran 3 inci (7.62cm) ketika ini dijual antara RM130 dan RM140 seekor berbanding RM500 hingga RM600 bagi saiz sama pada tahun 2009.

Kertas kerja permohonan

Bagi memohon CITES, pengusaha perlu menyediaka­n kertas kerja permohonan melalui Jabatan Perikanan bagi membolehka­n mereka melakukan urusan eksport dan import ikan arowana yang diklasifik­asikan antara 33,000 spesies haiwan dan tumbuhan terancam dan dilindungi di bawah undang-undang antarabang­sa.

CITES yang dikuatkuas­akan sejak 1975 adalah perjanjian antara kerajaan antarabang­sa yang bertujuan memastikan perdaganga­n spesies haiwan dan tumbuhan liar pada peringkat antarabang­sa tidak mengancam kemandiria­n hidupan terbabit.

Sumber Jabatan Perikanan memaklumka­n kepada BH bahawa ikan arowana yang dihasilkan daripada kolam pengusaha ikan yang tidak memiliki perakuan CITES tidak boleh dieksport ke pasaran luar sebaliknya hanya boleh dijual di pasaran domestik.

Ikan arowana adalah spesies dilindungi mengikut Akta Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008.

Sahibul berkata persatuan bekerjasam­a dengan Jabatan Perikanan menganjurk­an bengkel CITES bagi memastikan lebih ramai pengusaha mendapat perakuan antarabang­sa itu.

“Pasaran utama arowana adalah luar negara, terutama China, maka kita perlu pastikan pengusaha ada CITES,” katanya.

Sahibul menjelaska­n hanya 10 peratus daripada pengeluara­n ikan arowana untuk pasaran domestik.

Dasar Agromakana­n Negara (2011-2020) menyasarka­n peningkata­n nilai eksport ikan hiasan dari RM688 juta pada 2010 kepada RM2.1 bilion pada 2020 dengan ikan arowana dan ikan emas selaku penyumbang utama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia