Berita Harian

HRPB tawar pembedahan akupuntur anestesia

-

Ipoh: Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menjadi satu-satunya hospital awam yang menawarkan rawatan pembedahan akupuntur anestesia di negara ini.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kaedah rawatan terbaru itu yang menggunaka­n pendekatan bius setakat ini hanya ditawarkan di hospital berkenaan selepas dipraktikk­an di pusat perubatan di China.

Katanya, rawatan pembedahan akupuntur anestesia yang sudah diwujudkan sejak tiga tahun lalu di HRPB setakat ini sudah menjalanka­n rawatan kepada hampir 50 pesakit sejak tahun lalu.

Kurangkan kesakitan

“Pelbagai cara dalam memberikan rawatan anestesia seperti bius penuh, separa sedar, bius setempat dan rawatan kompliment­ari seperti hipnosis akupuntur.

“Kaedah pembiusan terkini melalui pembedahan akupuntur anestesia ditawarkan mampu mengurangk­an kesakitan, memendekka­n masa dan penyembuha­n terhadap pesakit dengan lebih cepat berbanding kaedah bius biasa,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Sambutan Hari Anestesia peringkat negeri 2016 anjuran Jabatan Anestesiol­ogi HRPB di Padang Polo, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalanny­a, Dr Rahimi Goon serta Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Anestesia & Rawatan Rapi, Dr Kavita Bhojwani.

Dr Juita berkata, kaedah berkenaan boleh dijalankan kepada penyakit ringan seperti ketumbuhan kecil pada payudara, saraf, mengalami pendarahan serta penyakit rumit seperti tiroid.

“Menerusi penjagaan anestasia harian bergantung kepada jenis pembedahan, pesakit hanya perlu datang pada waktu pagi untuk pembedahan dan pulang pada sebelah petang,” katanya.

 ?? [FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI/BH] ?? Dr Juita (kanan) merasmikan Sambutan Hari Anestesia peringkat negeri 2016 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, semalam.
[FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI/BH] Dr Juita (kanan) merasmikan Sambutan Hari Anestesia peringkat negeri 2016 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia