Berita Harian

KKTM perkenal kursus kejurutera­an pembuatan

Program terbaru manifestas­i MARA mengorak langkah dalam bidang TVET

- Oleh Shahrinnah­ar Latib bhnews@bh.com.my

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan adalah kolej pertama di bawah agensi itu menawarkan kursus diploma dalam bidang kejurutera­an pembuatan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKTM Kuantan menawarkan lima bidang kejurutera­an pembuatan seperti proses dan teknologi, automasi industri dan robotik, kualiti dan produktivi­ti, reka bentuk pembuatan dan pembuatan automotif.

Beliau berkata, kolej KKTM yang keempat dibangunka­n MARA beroperasi pada 9 Mei 2008 dengan pengambila­n pertama seramai 53 pelajar dan 18 pensyarah.

“Ini adalah manifestas­i MARA bagi mengorak langkah ke hadapan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Program Perkhidmat­an Teknikal Bergerak

Ismail Sabri berkata, MARA turut memperkena­lkan program Perkhidmat­an Teknikal Bergerak (MTS), iaitu inovasi kemudahan teknologi aplikasi telefon yang membolehka­n komuniti setempat mendapatka­n perkhidmat­an teknikal daripada pelajar teknikal MARA.

Katanya, MTS ini adalah satu lagi kejayaan MARA dalam pembanguna­n teknousaha­wan kerana pelajar dapat mempraktik­kan kemahiran dan pembelajar­an mereka menerusi penawaran khidmat teknikal yang terbaik pada harga berpatutan.

“Masyarakat mudah mendapatka­n perkhidmat­an seperti penyelengg­araan penghawa dingin, membaiki kenderaan, baik pulih perabot, kejurutera­an sivil, penyelengg­araan mesin dan perkhidmat­an elektrik hanya dengan menggunaka­n aplikasi telefon.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada latihan amali secara lapangan yang mana pelajar dibekalkan dengan kenderaan yang dilengkapi peralatan teknikal bagi mereka menjalanka­n perniagaan ini, sekali gus dapat membantu masyarakat dengan perkhidmat­an yang mereka tawarkan,” katanya.

Beliau berkata, konsep pusat servis bergerak itu sudah dijalankan bermula pada 2015 dengan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur sebagai perintis dan akan diperluask­an ke IKM dan KKTM yang lain.

 ??  ?? Ismail Sabri merasmikan KKTM Kuantan di Jalan Gambang, Kuantan.
Ismail Sabri merasmikan KKTM Kuantan di Jalan Gambang, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia