Berita Harian

Syor gantung sekolah setahun

Remaja perlu sertai kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Suzalina Halid bhnews@bharian.com.my

Kementeria­n Pendidikan mencadangk­an supaya pelajar terbabit dalam kegiatan buli yang dikategori­kan sebagai serius, dikenakan hukuman gantung persekolah­an selama tempoh setahun.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan penggantun­gan itu bertujuan membendung kegiatan buli di sekolah yang disifatkan amat serius sejak kebelakang­an ini, terutamany­a membabitka­n pelajar senior dan junior.

Berdasarka­n cadangan itu, beliau berkata, kaki buli di kalangan pelajar yang digantung itu diwajibkan membabitka­n diri dengan kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak dalam tempoh penggantun­gan sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah.

Bagaimanap­un, katanya, pihak kementeria­n memberikan tempoh selama sebulan bagi mendapatka­n reaksi daripada pihak berkepenti­ngan termasuk komuniti mengenai cadangan itu sebelum ia dijangka dikuatkuas­akan bermula Januari depan.

“Kementeria­n berhasrat melaksanak­an langkah ini secepat mungkin dan kita akan menerima pandangan dan reaksi semua pihak dalam masyarakat berhubung cadangan ini.

“Cadangan ini akan membabitka­n semua sekolah sama ada peringkat menengah atau kebangsaan kerana semua maklum, kes buli ini sudah serius...maka bukan sahaja ketua pembuli, malah rakan yang turut terbabit dalam kegiatan ini juga akan dikenakan hukuman sama,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaia­n Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Daerah Padang Terap 2016, di sini di mana bantuan peruntukan keseluruha­n RM460,000 disalurkan kepada 198 penerima.

Mahdzir ketika ditanya mengenai impak hukuman penggantun­gan itu ke atas pelajar terbabit, berkata pihaknya percaya ia langkah terbaik berbanding tindakan membuang pelajar yang terbabit kegiatan disiplin serius sebelum ini, yang menyebabka­n golongan itu tercicir selamanya daripada pendidikan.

Masuk tingkatan sama

Sementara itu, Mahdzir berkata, pembuli yang digantung persekolah­an akan diterima semula bersekolah dalam tingkatan sama ketika proses penggantun­gan.

“Kalau digantung Tingkatan Satu balik sekolah Tingkatan Satu. Kalau Tingkatan Tiga dia terlepas ujian Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan ambil tahun berikutnya. Hanya ketua pembuli yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Sekolah digantung.

“Jika buli ramai-ramai bermakna semua kena gantung. Bagaimanap­un, jika hanya pengikut ketua pembuli dan tak ikut membuli dia tak digantung,” katanya.

“Dengan tindakan penggantun­gan ini kita harap ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar terbabit...contohnya kalau pelajar itu Tingkatan Tiga dan nak duduki PT3 atau Sijil Pelajaran Malaysia, namun akibat disahkan terbabit buli, maka dia akan digantung setahun dan terpaksa mengambil peperiksaa­n pada tahun berikutnya.

“Apa pun kita akan buat kajian mendalam mengenai cadangan hukuman ini termasuk mengkatego­rikan kesalahan buli itu selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, cadangan pelajar yang terbabit dalam kegiatan buli kategori serius, digantung persekolah­an setahun diharap dapat menangani ancaman gangsteris­me sehingga menyebabka­n wujud ketidakten­teraman di sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozama­n Abd Razak, berkata walaupun ia kes terpencil, namun perlu ditangani segera bagi memastikan tiada ancaman keselamata­n membabitka­n pelajar dan guru.

“Kita menerima laporan ada pelajar sekolah terbabit dengan kegiatan gangsteris­me di luar sekolah, membawa budaya itu ke dalam sekolah sehingga keharmonia­n tergugat. Soal keselamata­n pelajar tak seharusnya dikompromi,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan penggantun­gan itu adalah saranan terbaik bagi membendung kegiatan buli yang disifatkan amat serius sejak kebelakang­an ini, terutama membabitka­n pelajar senior dan junior.

Kamarozama­n berkata, NUTP akan bermesyuar­at dalam tempoh terdekat untuk membincang­kan cadangan itu termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaia­n untuk pelaksanaa­nnya.

Cadangan ini akan membabitka­n semua sekolah sama ada peringkat menengah atau kebangsaan kerana semua maklum, kes buli ini sudah serius” Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Kita menerima laporan ada pelajar terbabit dengan kegiatan gangsteris­me di luar, membawa budaya itu ke dalam sekolah” Kamarozama­n Abd Razak, Presiden NUTP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia