Berita Harian

Garap kemahiran pelajar jadi pakar masa depan

Program persiap peserta ke peringkat kebangsaan

- Oleh Aslina Abu Bakar bhkt@bh.com.my

Ahmad Hambal Muhamad Rafi, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ampuan Intan dan Nurul Ashilah Ibrahim, 16, dari SMK Rusila muncul sebagai juara kategori Sains dan Matematik dalam Pertanding­an Olympiad Sains Matematik Peringkat negeri yang berlangsun­g di Sekolah Teknik Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Kedua-dua juara membawa pulang hadiah RM500 serta trofi dan sijil penyertaan.

Program anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan, Media Prima, NAZA, Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Majlis Profesor Negara Kluster Sains dan Matematik itu disertai 504 pelajar dari 126 sekolah seluruh negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman yang merasmikan program itu berkata, pertanding­an berkenaan adalah antara usaha kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mencungkil bakat pelajar terutama membabitka­n ilmu Sains dan Matematik.

Sambutan menggalakk­an

“Alhamdulil­lah, kita mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada pelajar untuk menyertai pertanding­an ini.

“Malah, dengan adanya penganjura­n sebegini, kita dapat melihat kemahiran pelajar untuk digarap dan menjadi pakar matematik dan sains pada masa akan datang.

“Tahun lalu, Terengganu menjadi johan bagi kategori Sains peringkat kebangsaan dan pada tahun ini, apabila kita melihat semangat pelajar mendalami Sains dan Matematik, kita yakin mampu mengekalka­n juara kategori Sains dan menjadi juara untuk kategori Matematik,” katanya kepada

BH selepas majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata pihaknya akan menganjurk­an beberapa program bagi mempersiap­kan peserta yang akan ke peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsun­g pada Februari tahun hadapan.

“Jabatan akan menghimpun­kan juara dan meminta gambaran daripada pihak penganjur mengenai pertanding­an ini. Kita juga akan mengadakan taklimat dan latihan kepada pelajar melalui kem atau memberikan modul latihan sendiri di rumah.

“Saya yakin usaha ini juga bersesuaia­n dengan konsep Transforma­si Terengganu Baharu yang ingin memperkasa pendidikan untuk melahirkan saintis dan ahli fikir terbaharu,” katanya.

Sementara itu, juara kategori Sains, Ahmad Hambal berkata, beliau berharap dapat mengekalka­n kejuaraan pada pertanding­an akan datang.

 ??  ?? Bazlan menyampaik­an hadiah kepada Ahmad Hambal dari SMK Ampuan Intan sempena program Olympiad Sains Matematik di SMK Teknik Kuala Terengganu, semalam.
Bazlan menyampaik­an hadiah kepada Ahmad Hambal dari SMK Ampuan Intan sempena program Olympiad Sains Matematik di SMK Teknik Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia