Berita Harian

Hargai masa ketika menjawab soalan

TH suntik motivasi calon SPM supaya tidak leka dalam dewan peperiksaa­n

- Oleh Rosdi Ismail

Seminar Bimbangan Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Kelab Taha Tabung Haji (TH) turut menyuntik motivasi, supaya pelajar tidak leka dalam dewan ketika menjawab soalan peperiksaa­n, sebaliknya menggunaka­n sebaik mungkin masa menjawab setiap soalan.

Pengarah TH Sarawak, Rozimi Ahamed Kamil, berkata seminar anjuran TH itu memberi tumpuan khusus perbincang­an kepada teknik menjawab soalan yang betul dan berkesan.

Katanya, paling penting pelajar seharusnya mengingati teknik yang diajar oleh penceramah dalam seminar supaya mereka tidak berasa rugi apabila sehari suntuk mengikuti seminar berkenaan yang ternyata banyak memberi manfaat.

“Sesungguhn­ya guru sudah memberi pengajaran yang secukupnya di dalam kelas, tetapi apabila menghadiri seminar ini mereka dapat membuat penambahba­ikan bagi memperbaik­i kelemahan yang masih dimilik.

“Sehubungan itu, TH menerusi Kelab Taha komited dalam menganjurk­an seminar ini di seluruh negera khusus untuk membantu pelajar supaya meraih keputusan yang cemerlang dalam SPM,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup seminar berkenaan di Auditoriua­m Dewan Bandaraya Kuching Utara, di sini, baru-baru ini.

Berusaha gigih

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus dan Penolong Pengurus Pemasaran TH Sarawak, Rolfandy Awi.

Seramai 250 pelajar dari 10 sekolah menengah sekitar bandar Kuching menyertai seminar itu yang membabitka­n perbincan- gan tiga subjek, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Sementara itu pelajar SMK St Thomas, Muhammad Emir Zaqwan, berkata seminar ini memberi suntikan motivasi untuk pelajar supaya terus tekun berusaha di samping memudahkan kefahaman pelajar kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Seorang lagi peserta Hanis Zakiah Yakub, dari SMK Bako Kuching, berkata beliau teruja dapat menyertai seminar ini kerana dapat mengetahui kelemahan yang masih dimiliki, terutama dalam memilih atau menulis jawapan bagi mendapat markah yang terbaik.

 ?? [FOTO NADIM BOKHARI/BH] ?? Rozimi (bersongkok) bersama pelajar yang menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran TH di Kuching, baru-baru ini.
[FOTO NADIM BOKHARI/BH] Rozimi (bersongkok) bersama pelajar yang menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran TH di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia