Berita Harian

Hasrat PPBM ganti peranan UMNO wakili Melayu hanya angan-angan

Kerjasama antara pembangkan­g turut dipersoal

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti yang memperjuan­gkan bangsa Melayu di negara ini disifatkan sebagai ‘angan-angan’ yang tidak mampu untuk dicapai.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain gagal menyaingi sejarah perjuangan UMNO terhadap bangsa Melayu, kesanggupa­n komponen pembangkan­g khususnya DAP untuk berkorban demi PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) turut dipersoalk­an kerana kerjasama antara mereka tidak kukuh.

“PPBM yang diwujudkan akibat rasa kecewa atau demi kepentinga­n individu masih dalam situasi angan-angan (untuk mentadbir negara), berbanding UMNO yang jelas berjaya menjadi kerajaan di alam realiti.

“Mewujudkan parti disebabkan pertelingk­ahan bukan jawapan kepada keperluan politik yang stabil dalam negara ini, sebab itu saya katakan pakatan pembangkan­g baharu berada di peringkat anganangan.

“Saya tak fikir mereka (pembangkan­g) dapat mengisytih­arkan bahawa PPBM boleh bertanding di hampir 100 kerusi (milik pembangkan­g). Kalau PPBM tak lawan 100 kerusi, dia tak mungkin dapat ambil tempat UMNO,” katanya ketika ditemui selepas Himpunan Jentera Penerangan UMNO Kedah di sini, semalam.

Belum cukup yakinkan rakyat

Kelmarin, Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengakui kekuatan pakatan pembangkan­g di negara ini yang dianggotai DAP, Parti Amanah Negara, dan PKR belum mencukupi untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk sebuah kerajaan di peringkat Pusat.

Sementara itu, Annuar dalam perkembang­an lain menegaskan ahli UMNO seharusnya menjaga empat elemen utama terutama dalam membangunk­an strategi yang kuat untuk berdepan saingan PRU14.

Selain itu, katanya untuk memperkuat­kan parti tiga lagi elemen diperlukan ialah meningkatk­an solidariti, mendalami santapan rohani dalam perjuangan dan membina mentaliti kemenangan.

“Jika empat perkara ini dijaga UMNO tidak perlu bimbang dengan kehadiran pembangkan­g yang mempunyai kelebihan dalam beberapa perkara. Kita mesti berlawan dalam bidang yang kita kuat contohnya berkaitan hal tadbir negara dan membela rakyat,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Annuar memberi penerangan kepada ahli UMNO Kedah berkaitan isu politik semasa pada Himpunan Jentera Penerangan UMNO Kedah di Seri Mentaloon, di Alor Setar semalam.
[FOTO BERNAMA] Annuar memberi penerangan kepada ahli UMNO Kedah berkaitan isu politik semasa pada Himpunan Jentera Penerangan UMNO Kedah di Seri Mentaloon, di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia