Berita Harian

Mohd Rafiq ibarat talam dua muka

-

Ayer Keroh: Ahli UMNO perlu sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengan individu bersifat ‘talam dua muka’ dalam parti sendiri supaya tidak terjebak dengan perangkap seolah-olah menyokong pihak pembangkan­g.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron menyifatka­n tindak-tanduk bekas EXCO Pemuda, Mohd Rafiq Naizamohid­een menyertai dan menyokong pergerakan itu selama ini hanya sebagai lakonan sehingga dikesan mahu merosakkan keseluruha­n parti termasuk Presidenny­a, Datuk Seri Najib Razak.

Kesan penyokong pembangkan­g

“Kita perlu berhati-hati menilai ‘kilat dalam kilau’, orang di hadapan kita mengaku bersama perjuangan parti tetapi di belakang tidak.

“Saya sendiri dapat mengesan beberapa individu yang juga penyokong parti pembangkan­g tetapi di hadapan kita berlakon seolaholah bersama kita.

“Orang seperti ini yang akan menyusahka­n kita apabila menghadapi pilihan raya nanti dan saya khuatir, kita akan terperangk­ap dengan suasana yang dikatakan mendengar laporan baik tetapi tidak, disebabkan orang seperti saudara kita yang semalam keluar daripada UMNO (Mohd Rafiq),” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Mohd Rafiq yang sebelum ini digantung keahlianny­a mengumumka­n keluar parti berkuat kuasa, kelmarin bersama 28 bekas pemimpin cawangan UMNO lain.

Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata tindakan Mohd Rafiq adalah keputusan yang dibuat atas alasan kecewa dan mahu lepas geram akibat tindakan disiplin terhadapny­a.

“Mengapa setelah tiada jawatan dan kepentinga­n, baharu Mohd Rafiq tergerak hati melakukan sidang media untuk mengkritik kepemimpin­an parti.

“Semua tuduhan dibuat adalah modal basi yang dikitar semula dari kritikan lama yang digunakan pemimpin pembangkan­g sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Saya sendiri dapat mengesan beberapa individu yang juga penyokong parti pembangkan­g tetapi di hadapan kita berlakon seolah-olah bersama kita” Idris Haron, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia