Berita Harian

NIOSH saran SKMM siasat pelaku viral palsu

-

Kuala Lumpur: Individu tidak bertanggun­gjawab menyebarka­n dakwaan palsu sehingga menimbulka­n kekeliruan kepada orang ramai perlu disiasat Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata banyak dakwaan palsu termasuk kenaikan kadar tol di 17 lebuh raya utama pada November depan, tersebar di media sosial dan aplikasi Whatsapp sejak kebelakang­an ini.

Beliau berkata, ia menyusahka­n orang ramai, sekali gus boleh mencetuska­n kekecohan dan tindakan tidak puas hati seperti rusuhan.

Katanya, berita tidak benar disebarkan berterusan dalam media sosial dan aplikasi perhubunga­n maya menyebabka­n tanggapan tidak betul serta meresahkan orang ramai.

Kenakan tindakan segera

“Dakwaan palsu tidak sepatutnya berulang dan SKMM harus menyiasat perkara ini dengan teliti.

“Jika didapati bersalah, perlu dikenakan tindakan segera mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunaka­n kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an aplikasi secara sedar untuk menyebarka­n berita palsu dengan niat mengganggu orang lain.

“NIOSH mengalu-alukan kenyataan balas seperti dilakukan Kementeria­n Kerja Raya dalam satu kenyataan, semalam (kelmarin) bagi menjernihk­an kekeliruan orang ramai,” katanya.

Semalam, BH melaporkan Kementeria­n Kerja Raya mengesahka­n dakwaan kenaikan kadar tol di 17 lebuh raya utama pada November depan yang disebarkan sejak minggu lalu adalah laporan lama yang dikitar semula pihak tidak bertanggun­gjawab.

Ia jelas dilihat berdasarka­n tarikh digunakan dalam viral itu mendakwa kenaikan bermula Isnin, 16 November, sedangkan tahun ini tarikh berkenaan jatuh pada hari Rabu.

Ia menyusahka­n orang ramai, sekali gus boleh mencetuska­n kekecohan dan tindakan tidak puas hati seperti rusuhan” Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia